Pada 14 April 2025 (Isnin) telah berlangsung Program Santuni MADANI di Sekolah Kebangsaan Seri Kota yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (KPKR). Turut hadir sama adalah YBhg. Dato' Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat; YBrs. Ir. Zakaria bin Semail, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Pasukan Projek Persekutuan Negeri Kelantan dan YBrs. Pn. Ashida binti Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Kota, Kota Bharu, Kelantan.
Program “Satu Pemimpin Satu Kampung” ataupun singkatan Santuni MADANI yang telah dilancarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) adalah berobjektifkan kecaknaan pemimpin yang sentiasa menyantuni dan menjadi suri tauladan kepada penduduk ataupun sekolah kelahiran pemimpin ataupun tempat membesar pemimpin tersebut.
Melalui Program Santuni MADANI kali ini juga, pihak Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. telah berbesar hati untuk menyumbangkan 10 unit televisyen kepada pihak sekolah yang merupakan sebahagian daripada program CSR bagi meningkatkan mutu dan kualiti pembelajaran para pelajar.
Selain itu, Program Kampung Angkat MADANI (KAM) turut berlangsung di tempat kelahiran YBhg. Datuk Wira KPKR. Program ini merupakan suatu pendekatan "whole of government” yang menyentuh denyut nadi rakyat bagi melengkapi keperluan asas infrastruktur setiap kampung yang terpilih. Sebanyak RM 1 juta telah diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi pelaksanaan KAM.
Program turut diisi dengan sesi penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek seperti berikut:
Projek Kampung Angkat MADANI Di Kampung Kota, Kota Bharu Kelantan Di Bawah Peruntukan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF):
- Menaiktaraf Lorong Beringin Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan;
- Cadangan Menaiktaraf Longkang Konkrit Di Kg. Kota, FT130 Seksyen 1.0 Jalan Wakaf Che Yeh - Salor - Pasir Mas, Kota Bharu, Kelantan; dan
- Kerja-Kerja Menaiktaraf Fasiliti Pusat Kanak-Kanak An-Nadwah Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan
Kerja-Kerja Penyelenggaraan Di Bawah Peruntukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):
- Kerja-Kerja Baik Pulih Dan Naik Taraf Tandas Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Sekolah Kebangsaan Seri Kota, Kota Bharu, Kelantan;
- Kerja-Kerja Menaiktaraf Kaki Lima Bangunan Blok Pendidikan Khas Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Sekolah Kebangsaan Seri Kota, Kota Bharu, Kelantan;
- Kerja-Kerja Naik Taraf Pendawaian Elektrik Serta Kerja-Kerja Berkaitan Bagi Blok Kelas Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Seri Kota, Kota Bharu, Kelantan;
- Kerja-Kerja Baikpulih Bumbung Kantin Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Sekolah Kebangsaan Seri Kota, Kota Bharu, Kelantan; dan
- Kerja-Kerja Naik Taraf Pendawaian Elektrik Serta Kerja-Kerja Berkaitan Bagi Kantin Sekolah Kebangsaan Seri Kota, Kota Bharu, Kelantan
Projek Di Bawah Program Accelerator Programme Kontraktor Belia Bumiputera @ Accelerating Future Construction Entrepreneurs (ACE)
- Kerja-Kerja Penyenggaraan One-Off Di Kuarters Jkr Elektrik Panji Bagi Tahun 2025
- Kerja-Kerja Membaiki Bahu Jalan Yang Rosak Akibat Banjir Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Laluan D136, Jalan Selising - Kok Lanas (KM2.4 -KM4.0) Pasir Puteh Kelantan
- Kerja-Kerja Membaikpulih Longkang Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Jalan D174 Jalan Cabang Tiga Berangan - Tumpat (Berhampiran Kedai Nasi Sumatera), Tumpat, Kelantan
- Membina & Menyiapkan Satu Unit Rumah Sampah Di Klinik Kesihatan Jenis 3 Dengan Kuarters Selising Pasir Puteh Kelantan
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 596 bacaan