Date: Jumaat, April 18, 2025

Pada 09 April 2025 (Rabu) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Stesen Keretapi Di Jajaran Landasan Berkembar Rawang-Padang Besar secara serentak untuk Stesen Keretapi Arau, Stesen Anak Bukit, Stesen Keretapi Alor Setar dan Stesen Keretapi Kobah.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Isnil Badril bin Ismail, Jurutera Daerah JKR Kota Setar. Majlis ini turut dihadiri oleh Ir. Khadijah binti Abdul Razak, Jurutera Daerah Pendang; Ir Tan Boon Seng, Jurutera Awam Kanan JKR Perlis; Ir. Mohd Sudin bin Mat Isa, Jurutera Mekanikal Kanan CKIP; En. Mohd Syafiq bin Zulkifly, Jurutera Kanan RAC; wakil dari KTMB dan Pegawai-Pegawai  dari CKIP, JKR Kota Setar, JKR Pendang dan JKR Perlis.

Majlis dimulakan dengan sesi tayangan montaj dan disusuli dengan ucapan perasmian oleh Jurutera Daerah JKR Kota Setar.  Di dalam ucapannya, JKR Kota Setar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pasukan JKR Negeri dan pihak kontraktor yang telah berusaha gigih dalam melaksanakan projek tempat letak motosikal ini.  Ianya mempunyai kepentingan besar kepada pengguna motosikal di negeri-negeri terlibat.

Projek ini diselia oleh JKR Daerah Kota Setar, JKR Daerah Pendang, JKR Negeri Perlis dan dipantau sepenuhnya oleh Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP) serta RAC.

Skop kerja utama projek ini merangkumi kerja membina tempat meletak motosikal berbumbung yang baharu, penurapan premix, konkrit dan kerja-kerja elektrikal di tempat meletak motosikal berbumbung melibatkan Stesen Keretapi Arau, Anak Bukit, Alor Setar dan Kobah.

Penyerahan kunci telah diserahkan oleh oleh Ir. Isnil Badril Bin Ismail Jurutera Daerah JKR Kota Setar kepada Mohd Shafiq bin Zolkifly, Jurutera Kanan RAC.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan projek ini.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat