24 April 2025 (Khamis) - Majlis meraikan bakal haji warga JKR Malaysia telah diadakan bertempat di Aras 33, Menara Kerja Raya. Majlis telah dimulai dengan ucapan aluan oleh YBhg. Datuk Wira Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) disusuli dengan ucapan oleh YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (TKPKR) Sektor Infra.
Wakil bakal jemaah haji JKR Malaysia iaitu YBrs. Ir. Azmi bin Abdul Hamid, Cawangan Jalan, turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada jabatan di atas penganjuran sesi ini.
Majlis kemudiannya diakhiri dengan bacaan talbiyah beramai-ramai dan titipan doa, khusus bagi mendoakan keselamatan dan kesihatan semua peserta bakal haji. Untuk makluman, seramai 34 orang warga JKR Malaysia termasuk JKR Negeri akan menjadi dhuyufurrahman pada tahun 1446H ini.
Didoakan agar semua dhuyufurrahman mendapat haji yang mabrur, selamat pergi dan pulang serta dipermudahkan-Nya. Bagi yang menunggu panggilan ibadah haji, semoga semua kita akan dipilih-Nya sebagai tetamu Allah SWT suatu hari kelak. Insha- Allah, Allahumaa amin
Alhamdulillah, sekalung penghargaan kepada Bahagian Pengurusan Sumber dan Manusia (BPSM), Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat kerana menyenaraikan data senarai bakal-bakal haji yang diperolehi melalui permohonan eHaji (I-canFLY) bagi tahun 2025.
JKR Malaysia Ibu Pejabat
- Ir. Noreha binti Nordin (CKAS)
- Ir. Noor Ashikin binti Md. Tamimi (CKE)
- Ir. Azmi bin Abdul Hamid (Cawangan Jalan)
- Ir. Aishah binti Taha (CKM)
- Mohd Sabri binti Saleh (CDPK)
- Sr. Wan Mas Ruhi binti Wan Addnan (Cawangan Jalan)
- Sr. Noor Khazrillah binti Ramli (CKUB)
- Khairani binti Abd Malek (CDPK)
- Raja Hanizan binti Raja Hassan (CSFB)
- Haniza binti Sanusi (Cawangan Jalan)
- Ir. Aidi bin Md. Salleh (CSFB)
- Arnizah binti Awang Pelilah (CKAS)
- Mohd Azhar bin Mohd Sapie (CSFB)
- Norazlina binti Mohamad Abu (CKM)
- Mohd. Ridzuan bin Ab. Rahim (Cawangan Jalan)
- Akhtar Nurfitri bin Mat Zain (CKP)
- Nurul Diana binti Jamil (CSFB)
- Nur Fairuzzah binti Md. Marham (CPAB)
- Nuryati binti Mohd Sharifuddin (CKAS)
- Aiza binti Abdul Adzis (CKE)
- Norazlina binti Mohamad Abu (CKM)
- Faizal bin Yusuf (CDPK)
JKR Negeri
- Ir. Ts. Norazlan bin Mohammad Nor (JKR Johor)
- Ibrahim bin Mat Adam (JKR Terengganu)
- Ir. Mohd Adam bin Abdullah (JKR Negeri Sembilan)
- Noor Faizah binti Talib (JKR Kedah)
- Noramin bin Amran (JKR Kedah)
- Nurulhafizah binti Mohd Ramli (JKR Pahang)
- Nor Akimah bin Osman (JKR Pahang )
- Rodiah binti Ismail (JKR Pahang )
- Ruslan Fadzil bin Mahmud (JKR Kelantan)
- Mohd Syamil bin Mohd Nazari (JKR Kelantan)
- Mohd Rosli bin Rusalan (JKR Negeri Perak)
- Mohd Nur Syaufiq bin Jamil (JKR Pulau Pinang)
Firman ALLAH SWT
Dan (di antara) kewajiban manusia terhadap Allah SWT adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah, iaitu bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana.
[Surah Al-Imran: 97]
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 1483 bacaan