Date: Rabu, April 30, 2025

Pada 24 April 2025 telah berlangsung Sesi Libat Urus YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat (CDPK) bersama Pegawai-Pegawai Kader JKR di Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pegawai Kader di Bahagian Pembangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Sebelum sesi tersebut bermula telah diadakan satu Sesi Kunjungan Hormat Pengarah Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat (CDPK) bersama , YBhg. Datuk Muhammad Razman bin Abu Samah, Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta.  Kunjungan hormat tersebut turut mengambil peluang membincangkan perkara – perkara berkaitan komitmen JKR Malaysia sebagai Peneraju Uatama Teknikal dalam membantu Kementerian/Jabatan/Agensi melaksanakan dasar – dasar pembangunan negara.

Seusainya kunjungan tersebut, sesi libat urus diteruskan di Bilik Serbaguna, Bangunan Kompleks Setia Perdana 1, Putrajaya. Sesi libat urus ini dihadiri oleh YBrs. Ir. Khadijah binti Basar, Pengarah Seksyen Teknikal, UKAS dan YBrs. Puan Hanifah binti Abdullah,Ketua Jurutera Bahagian Pembangunan, Majlis Keselamatan Negara, MKN selaku Wakil - Wakil Ahli Majlis Tindakan Kader (MTK), pegawai - pegawai daripada Ibu Pejabat JKR Malaysia dan Kementerian Kerja Raya (KKR) serta Pegawai-Pegawai Kader JKR di UKAS, MKN dan Pembangunan JPM.

Sesi ini bertujuan bagi mengeratkan hubungan bersama Pegawai-Pegawai Kader JKR yang bertugas di Kementerian/Jabatan/Agensi Pelaksana bersama pihak Pengurusan Jabatan Kerja Raya Malaysia. Aturcara bermula dengan ucapan aluan oleh Pengarah Seksyen Teknikal UKAS seterusnya ucapan daripada YBhg. Dato’ Pengarah Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat (CDPK).

Program ini diteruskan dengan sesi soal jawab pelbagai perkara yang berbangkit melibatkan Pegawai – Pegawai Kader JKR. Intipati soal jawab adalah berkaitan kebajikan di kalangan Pegawai-Pegawai Kader selain berkongsi idea dan cadangan – cadangan penambahbaikan dalam meningkatkan pemerkasaan tugas dan tanggungjawab Pegawai Kader. Turut disediakan juga kaunter Klinik MY-KJ daripada pihak Ibu Pejabat JKR bagi membuka peluang pegawai – pegawai Kader JKR membuat semakan serta mengemaskini Sistem MY-KJ.

Sesungguhnya program ini telah memberi laluan dalam mewujudkan rasa keperihatinan pengurusan Jabatan Kerja Raya Malaysia terhadap Pegawai - Pegawai Kader JKR yang berkhidmat di Kementerian/Jabatan/Agensi pelaksana dengan penuh komited dan dedikasi dalam menggalas tanggungjawab seterusnya membawa reputasi baik dan jenama unggul JKR secara amnya. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat