Date: Selasa, Mei 6, 2025

Pada 5 Mei 2025 (Isnin) telah berlangsung satu sesi libat urus delegasi dari Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang diketuai oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Dato’ LSr Hazri bin Hassan dan diiringi oleh delegasi JUPEM iaitu

  1. YBrs. LSr Muhammad Salim bin Mohammed Asari, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II;
  2. YBrs. LSr Saiful Wazlan bin Wahab, Pengarah Ukur Bahagian, Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan;
  3. YBrs. LSr Nazri bin Othman, Pengarah Ukur Bahagian Kadaster;
  4. YBrs. LSr Mohamad Azmar bin Che Mat, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri JUPEM WP Kuala Lumpur & Putrajaya;
  5. YBrs. LSr Mohd Riza bin Halim Setiausaha, Lembaga Juruukur Tanah Malaysia;
  6. YBrs. LSr Mohd Riduan bin Mohamad@Idri Timbalan Setiausaha, Lembaga Juruukur Tanah Malaysia;  dan
  7. YBrs. Sr Mohd Hilmi bin Abdullah, Penolong Pengarah Ukur Seksyen Inovasi dan Dokumentasi.

Kunjungan delegasi disambut oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya. Turut hadir sama adalah pihak pengurusan jabatan antaranya:

  1. YBrs. Ir. Hajah Atikah binti Zakaria @ Ya, Pengarah Kanan Cawangan Jalan;
  2. YBrs. Ir. Maria binti Marcus, Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu;
  3. YBrs. Ir. Hj. Suhaili bin Mansor, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal;
  4. YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat,
  5. YBrs. Ir. Waznah binti Abdul Aziz, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan;
  6. YBrs. Ir. Ts. Mohd Nasir bin Bontat, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan;
  7. YBrs. Ir. Mohamad Darus bin Selamat, Pengarah Bahagian Perundingan Pengurusan Aset Cawangan Perancangan Aset Bersepadu; 
  8. YBrs. Ir. Ts. Fadzilah binti Sulaiman, yang menjalankan tugas Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan serta pegawai jabatan.

Kunjungan hormat dimulai dengan sesi menandatangani Buku Pelawat JKR dan pemberian cenderahati. Seterusnya, sesi perbincangan bersama telah diadakan di Bilik Mesyuarat Perdana, Aras 35, Menara Kerja Raya yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail bersama delegasi.

Objektif utama kunjungan hormat dan sesi libat urus ini adalah bagi merapatkan hubungan antara JUPEM dan JKR Malaysia, terutamanya kerjasama strategik dalam pelaksanaan Building Information Modelling (BIM). JUPEM amat berbesar hati dengan sesi libat urus dan berharap kunjungan ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama antara JUPEM dan JKR.

Secara keseluruhannya, sesi libat urus ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan. Semoga dengan terlaksananya sesi libat urus ini, kerjasama erat antara kedua-dua pihak akan berterusan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada YBhg. Dato’ LSr Hazri bin Hassan serta delegasi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia atas kesudian mengunjungi JKR Malaysia.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat