Pembentangan Kertas Teknikal Oleh JKR Malaysia di “The 4th International Conference On Concrete Repair, Rehabilitation And Retrofitting (ICCR 2015)”, Leipzig, Germany 5 - 7 OCTOBER 2015
 
Satu kertas teknikal berkaitan bidang kejuruteraan forensik oleh Cawangan Kejuruteraan Awam Dan Struktur, JKR Malaysia berjudul “Structural Strengthening Of A Shop-house For Use As A Medical Centre” telah dibentangkan di “The 4th International Conference On Concrete Repair, Rehabilitation And Retrofitting (ICCR 2015)” pada 5-7 Oktober 2015 bertempat di Leipzig, Germany.
 
Pembentangan kertas teknikal berkenaan telah disampaikan oleh Ir. Dr. Lim Char Ching,  Pengarah Kejuruteraan (Pakar Forensik) dari Bahagian Pembangunan Dan Penyelidikan, Cawangan Kejuruteraan Awam Dan Struktur. Sebanyak 135 kertas teknikal telah dibentangkan sepanjang seminar ini berlangsung di mana ia melibatkan pakar-pakar kejuruteraan dari seluruh dunia.
 
Kertas persidangan yang dibentangkan sepanjang persidangan ini boleh didapati pada pautan berikut mengikut topik pembentangan :
 
 
 
Disediakan Oleh: Bahagian Pembangunan Dan Penyelidikan, Cawangan Kejuruteraan Awam Dan Struktur.