Date: Selasa, April 5, 2022
Adalah dimaklumkan, YBrs. Sr Dr. Rozina binti Mohd Zafian, Pengarah, Bahagian Kompetensi, Pensijilan dan Akreditasi Kejuruteraan (BKPAK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah dilantik sebagai Pengarah Kanan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, memangku Juruukur Bahan Gred Utama C Khas Untuk Penyandang (KUP) pada 11 Mac 2022.
 
Sehubungan itu, YBrs. Ir. Ahmad Ridzauddin bin Ibrahim, diarah menjalankan tugas Pengarah, Bahagian Kompetensi, Pensijilan dan Akreditasi Kejuruteraan (BKPAK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) disamping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir Ahmad Ridzauddin bin Ibrahim berkuatkuasa pada 1 April 2022 sehingga jawatan diisi secara hakiki.