Date: Selasa, Februari 8, 2022

Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Haji Ibrahim bin Esa, Pengarah, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR akan bercuti pada 7 Februari 2022 sehingga 10 Februari 2022 seterusnya menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utama (Advanced Leadership and Management Programme – ALMP) Siri 72 Bil. 1/2022 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 11 Februari 2022 sehingga 11 Mac 2022.

Sehubungan itu, YBrs. Ir. Haji Nik Soh bin Yaacoub diarah menjalankan tugas Pengarah, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan disamping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Haji Nik Soh bin Yaacoub berkuatkuasa pada 7 Februari 2022 sehingga 11 Mac 2022.