Date: Jumaat, Oktober 15, 2021

Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Lim Char Ching, Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Ibu Pejabat JKR akan mula bercuti pada 18 Oktober 2021 seterusnya bersara wajib mulai 25 Oktober 2021. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Atikah binti Abdul Hamid, diarah menjalankan tugas Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Ibu Pejabat JKR termasuk sebagai pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki beliau berkuatkuasa pada 18 Oktober 2021 sehingga 31 Oktober 2021.