Date: Isnin, Februari 24, 2020

Adalah dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Ir. Muhammad Azman bin Jamrus, Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 1 telah bersara wajib pada 12 Februari 2020. Sehubungan dengan itu, YBrs. En. Norhaimi bin Mohd Noor telah diarah untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1, termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 12 Februari 2020  sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1 adalah dirujuk kepada beliau.