Date: Khamis, September 30, 2021

Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Noreha binti Nordin, Pengarah Khidmat Pakar dan Pengurusan, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Ibu Pejabat JKR akan menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utama (Advance Leadership and Management Programme – ALMP) Siri 71 Bilangan 4/2021 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 01 Oktober sehingga 29 Oktober 2021.

Sehubungan itu, YBrs. Ir. Rosnita binti Abdul Rani diarah menjalankan tugas Pengarah Khidmat Pakar dan Pengurusan, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Ibu Pejabat JKR termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Rosnita binti Abdu Rani berkuatkuasa pada 01 Oktober 2021 sehingga 29 Oktober 2021.