Date: Jumaat, November 9, 2018

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 4 Tahun 2018 - MyPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam telah dikeluarkan oleh Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) berkuatkuasa pada 12 Julai 2018. PKPA Bil. 4/2018 merupakan panduan kerja sektor awam bagi menggantikan Fail Meja (FM) dan Manual Prosedur Kerja (MPK) yang dikeluarkan melalui PKPA Bil.8 dan 11 Tahun 1991.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua warga Jabatan Kerja Raya (JKR) di semua JKR Cawangan Ibu Pejabat / Negeri / Wilayah Persekutuan / JKR Daerah / Unit JKR KESEDAR yang menggunakan Waran Perjawatan Bil. K 124 Tahun 2018 untuk menyiapkan myPortfolio masing-masing di samping menjalankan tugas utama harian bagi menjayakan sasaran penyiapan pelaksanaan myPortfolio JKR sebelum 23 November 2018 dan tarikh penyiapan sebenar yang telah ditetapkan oleh MAMPU pada 30 November 2018. Lanjutan daripada itu, MAMPU akan mengadakan Mystery Shopping di semua Kementerian, Jabatan dan Agensi dibawahnya selepas daripada tarikh tersebut.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berhubung perkara ini, dipohon menghubungi pegawai penyelaras di Cawangan/ Wilayah/ Negeri masing-masing atau seperti yang dilampirkan. Bersama-sama ini dilampirkan maklumat berikut untuk rujukan YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan:

a)         Senarai Pegawai Penyelaras myPortfolio
b)         Modul Latihan myPortfolio
c)         PKPA Bil.4 2018 – myPortfolio Panduan Kerja Sektor Awam
d)         Template PKPA myPortfolio JKR

Kerjasama YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan dalam menjayakan pelaksanaan myPortfolio JKR ini amatlah diperlukan bagi memastikan setiap Cawangan dan Negeri mencapai 100% penyiapan myportfolio. Adalah diingatkan bagi Cawangan dan Negeri yang tidak mencapai peratusan penyiapan lengkap untuk mengemukakan surat tunjuk sebab untuk tindakan Jabatan selanjutnya.