Date: Isnin, Ogos 1, 2022

Audit Pensijilan Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR) ISO 37001:2016 JKR Malaysia Tahun 2022 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. sedang dilaksanakan di beberapa Cawangan/JKR Negeri iaitu:-

  1. Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya
  2. Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK)
  3. Cawangan Jalan (CJ)
  4. Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM)
  5. Cawangan Kejuruteraan Elektrikal (CKE)
  6. Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA 1)
  7. Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB)
  8. Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan (CKUB)
  9. Pasukan Projek Khas 1 (PPK 1)
  10. JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  11. JKR Negeri Sembilan

Audit Pensijilan ini bermula pada 1 Ogos 2022 dan akan tamat pada 5 Ogos 2022. Mesyuarat Pembukaan Audit Pensijilan Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR) ISO 37001:2016 JKR Malaysia Tahun 2022 telah dipengerusikan oleh Timbalan KPKR (Sektor Pakar), YBrs. Sr Amran Bin Hj. Mohd Majid pada hari Isnin, 1 Ogos 2022 jam 9.30 pagi di Bilik Mesyuarat Berlian, Menara Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Pengerusi berharap dengan adanya Pensijilan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (SPAR) ini, budaya kerja yang lebih berintegriti dapat dipraktikkan secara menyeluruh dalam semua proses kerja yang melibatkan keempat-empat sistem SPB sedia ada. Sekaligus, ianya berupaya menepis mana-mana persepsi yang negatif khususnya terhadap pelaksanaan projek-projek JKR khususnya melibatkan isu kartel mahupun salahlaku rasuah.

Selain itu, beliau turut berharap SPAR dapat memantapkan organisasi JKR Malaysia yang bukan sahaja memberikan perkhidmatan dan kepakaran teknikal tetapi direalisasikan dengan sistem pengurusan projek yang berintegriti dan berkualiti bagi memenuhi objektif serta kepuasan pihak pelanggan masa kini.