Date: Rabu, Mei 23, 2018

"SEGERA- MASIH ADA KEKOSONGAN UNTUK WALK-IN"

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan Program Wacana Ilmu bertajuk Trends In Engineering Research and Innovation yang akan disampaikan oleh YBrs. Puan Hazami Habib, yang merupakan Chief Executive Officer (CEO) Akademi Sains Malaysia sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh      :                   24 Mei 2018 (Khamis)

Masa       :                   9:00 pagi

Tempat    :                   Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)

                                    Jalan Kemus, Simpang Ampat

                                    78000 Alor Gajah, Melaka.

                                   (Koordinat : 2.453186 , 102.205752)

Untuk makluman Ybhg. Dato’ / Datin / Dr. / Ir. /Tuan / Puan, program ini diadakan untuk mendapatkan aspirasi terhadap masa depan kejuruteraan, penyelidikan dan inovasi negara bertaraf dunia selaras dengan perkembangan teknologi kejuruteraan terkini seperti Artificial Intelligence, the Internet of Things, Energy Efficiency, Industry Revolution 5.0 dan Ultrafast Computing.  Ini adalah selari dengan hasrat kerajaan dalam membentuk masa depan negara menjelang tahun 2050. 

Para peserta yang disasarkan ke program ini adalah pegawai gred J29 dan ke atas dalam bidang teknikal seperti kejuruteraan, arkitek, ukur bahan dan sebagainya.  

Sehubungan itu, pihak kami dengan berbesar hati menjemput  Tuan / Puan menyertai program ini dengan mengemukakan pengesahan melalui  e- mail nooraliah [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail)) selewat-lewatnya pada 23 Mei 2018 jam 4.00 petang.

Untuk sebarang pertanyaan, Ybhg. Dato’ / Datin / Dr. / Ir. /Tuan / Puan boleh berhubung dengan pegawai berikut:

i.                  Ir. Dr. Tuan Suhaimi bin Salleh                    (06-5512343)

ii.                 Pn. Noryati binti Mustapa                             (06-5512342)

iii.                Pn. Noor Aliah binti Nordin                           (06-5512341)