Date: Khamis, March 1, 2018

Adalah dimaklumkan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE), Jabatan Kerja Raya Malaysia dengan kerjasama Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) akan menganjurkan Seminar on Klang Valley Mass Rapid Transit (MRT) Project: Knowledge Sharing. Seminar ini adalah sebagai platform untuk memberi pendedahan kepada staf JKR mempelajari teknologi baru berkaitan projek MRT. Selain itu, seminar ini dianjurkan bagi berkongsi faktor kejayaan pelaksanaan projek tersebut.

Seminar ini akan diadakan seperti ketetapan di bawah:

Tarikh   : 14  &  15 Mac 2018 (Rabu & Khamis)
Masa    : 8:00 pagi – 4:30 petang
Tempat : Dewan Utama, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan danTeknologi JKR (CREaTE), Jabatan Kerja Raya Malaysia

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 Mac 2018.

Sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertai seminar ataupun terdapat sebarang pertanyaan berkaitan seminar, sila hubungi sekretariat seminar seperti berikut;

1. Nama Pegawai : Puan Norhayati bt Mahmood
No. Tel. : 06-5512210
Emel : norhayatim.jkr [at] 1govuc.gov.my

2. Nama Pegawai : Puan Mahvidayanti bt Muhamad Tarmidi
No. Tel. : 06-5512293
Emel : yantimt.jkr [at] 1govuc.gov.my