Date: Rabu, Mei 24, 2023

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa persidangan APMC 2023 kali kedua, anjuran bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan The Malaysian Asset and Project Management Association (MAPMA) akan diadakan seperti ketetapan berikut:

 

Tarikh: 8 dan 9 Jun 2023

Tempat: Eastin Hotel Petaling Jaya

Yuran Pendaftaran         

RM585.00 / pax secara fizikal

RM405.00 / pax secara virtual

(kadar yuran istimewa kepada semua kakitangan JKR)

 

Untuk makluman, APMC 2023 kali ini bertemakan Transformation of Maintenance Culture towards Sustainability of Assets. APMC 2023 akan menjadi platform bagi pakar-pakar tempatan dan luar negara berkongsi idea tentang topik-topik terkini dalam bidang Pengurusan Projek dan Pengurusan Aset.

Sehubungan itu, pihak urus setia APMC berbesar hati ingin menjemput seluruh warga Jabatan Kerja Raya untuk menghadiri persidangan ini dengan membuat semakan dengan PTJ dan Ketua Pegawai Pembangunan Kompetensi Dan Latihan (KPPKL) cawangan/pejabat masing-masing berkenaan yuran pendaftaran, tuntutan perjalanan sebelum, semasa dan selepas program.

Sukacita dimohon kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk membuat hebahan serta memaklumkan kepada pegawai dan kakitangan di bawah seliaan YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan masing-masing berkaitan persidangan APMC 2023 tersebut.  Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh diajukan dengan menghubungi pihak urus setia iaitu Cik Rozie di talian 03-8928 0577 / 017-213 2785 atau e-mel kepada secretariat.apmc [at] gmail.com.

Bagi tujuan rekod pejabat ini, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan yang akan menyertai Persidangan APMC 2023 adalah dimohon untuk mengisi pengesahan kehadiran di peringkat JKR melalui pautan https://forms.gle/SdDhz4o8BZSPxVDYA. setelah selesai membuat pendaftaran ke pihak urus setia APMC 2023.  Bersama ini disertakan lampiran risalah persidangan untuk makluman dan rujukan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.

Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.