Date: Selasa, Oktober 5, 2021

Building Information Modelling (BIM) merupakan salah satu elemen asas industri pembinaan digital dalam era Revolusi Industri Ke 4.0 yang digunakan bagi tujuan meningkatkan tahap produktiviti dan keberkesanan sistem penyampaian projek.  Penggunaan BIM telah diperkenalkan di Jabatan Kerja Raya (JKR) sejak tahun 2008 dan beberapa projek kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke 10, 11 dan 12 (RMK10, RMK11 dan RMK12) telah dilaksanakan secara BIM.

Bagi memperkasakan pelaksanaan BIM dalam industri pembinaan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) dengan kerjasama Pertubuhan Professional JKR Malaysia (ProJKRM) akan mengadakan program JKR BIM Day 2021 pada 26-27 Oktober 2021 secara atas talian (online). Program ini merupakan salah satu usaha jabatan untuk memberi pendedahan secara berterusan kepada warga JKR, pihak pelanggan, pihak akademik, perunding, kontraktor dan pelbagai pihak mengenai perkembangan semasa pelaksanaan BIM serta memberi kefahaman tentang kepentingan dan faedah penggunaan BIM dalam kitar hayat projek.

Melalui seminar ini, adalah diharapkan peserta dapat meningkatkan:

a.            Pengetahuan mengenai kaedah pelaksanaan dan faedah penggunaan BIM;

b.            Kompetensi dan keberhasilan modal insan dalam bidang BIM;

c.             Peluang dan rangkaian hubungan kerjasama di antara semua pihak berkepentingan

d.            Idea potensi peluasan penggunaan dan integrasi BIM dengan teknologi IR 4.0

Jangan lepaskan peluang ini!

Sertai kami di www.jkrbim.my (link is external)

Klik untuk JKR BIM DAY Brochure 

Klik untuk menonton Montaj Promosi JKR BIM DAY 2021