Date: Rabu, Disember 9, 2020

Pada 9 Disember 2020, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran, YBhg. Dato’ Ir. Nor Hisham bin Mohd. Ghazali telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman. Kunjungan itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes), YBhg. Dato’ Ir. Mohd Azmi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar), YBrs. Ir. Haji Nishad Mohamed bin Haji C.J. Mohd Shaffy dan Pengarah Kanan (Sektor PEngurusan), YBrs. Ir. Haji Azmi bin Ibrahim.

Kunjungan YBhg. Dato’ Ir. Nor Hisham bin Mohd. Ghazali, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran dimulakan dengan mengunjungi Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, di tingkat 33 Menara Kerja Raya dengan disambut oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman serta Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat. Seterusnya telah diadakan sesi menandatangan buku pelawat dan pemberian cenderahati.

Majlis diteruskan dengan sesi interaksi bersama YBhg. Dato’ Ir. Nor Hisham bin Mohd. Ghazali, KP JPS telah diadakan di Bilik Mesyuarat Berlian Aras 2, Menara Kerja Raya.

Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada, YBhg. Dato’ Ir. Nor Hisham bin Mohd. Ghazali atas kesudian berkunjung ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.