Date: Isnin, Februari 24, 2020

Pada 19 hingga 20 Februari 2020, YBrs. Puan Siti Nurainawati Binti Aini Timbalan Pengarah Sektor Bangunan & Pakar bersama para pegawai dari JKR Sarawak telah mengadakan lawatan ke Unit Building Information Modeling (BIM) Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) Ibu Pejabat JKR Malaysia. YBrs. Ir. Alfred Sim Seck Puan Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks (BPPK), CPAB, amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan meluangkan masa untuk berkongsi kepakaran dalam pelaksanaan BIM di JKR bersama-sama dengan pegawai – pegawai daripada Unit BIM. 

 

Lawatan ini merupakan satu inisiatif oleh JKR Sarawak dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi BIM bagi pelaksanaan projek – projek JKR Sarawak. Antara perkara yang telah dibincangkan adalah melibatkan dokumen rujukan yang telah dibangunkan oleh Unit BIM JKR, proses kerja yang terlibat dalam pelaksanaan projek BIM, kepakaran sumber manusia yang diperlukan dalam melaksanakan BIM,  teknologi terkini yang digunakan serta kaedah pengurusan kontrak.

 

Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.