Date: Isnin, March 14, 2022

Pada pagi 8 Mac 2022 - YBhg. Datuk Ir. Haji Zulkefly Bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya, JKR Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke JKR Negeri Selangor yang diketuai oleh Y. Brs. Ir. Hj. Lokman Bin Hj. Nasir, Pengarah JKR Selangor bertempat di JKR Kuala Langat, Selangor.

Sesi ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah, semua Ketua- ketua Bahagian dan Jurutera Daerah.

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman dalam pengurusan projek serta melihat sendiri tapak projek SAKIT di Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang, Kuala Langat.

Semasa berada di tapak projek, wakil kontraktor dan pasukan projek JKR Kuala Langat telah berbincang lebih lanjut berkaitan permasalahan projek ini.

Pada sebelah petang pula telah diadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2021 Peringkat JKR Selangor (perkhidmatan negeri), Majlis Meraikan Sukarelawan Bencana Banjir dan Anugerah Tokoh Premis Ibu Pejabat JKR Selangor.

Warga JKR Selangor amat berbesar hati kerana Datuk KPKR sudi bersama-sama meraikan majlis ini.

Seramai 103 penerima APC 2021, 86 orang penerima Sukarelawan Bencana Banjir dan 6 orang penerima sijil Anugerah Tokoh Premis Ibu Pejabat JKR Selangor. Tahniah diucapkan kepada semua penerima.