Date: Selasa, September 6, 2022

04.09.2022 (Ahad) 9.00 am

Lawatan Kerja YBhg. Dato' Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia ke Tapak Projek Pembinaan Dan Penyiapan Hospital Pengajar Dan Pusat Kesihatan Prima (PKP) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak (Reka Dan Bina).

Antara yang dibincangkan ialah status semasa projek yang mendahului jadual dan perancangan serta komitmen kontraktor bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual yang telah diluluskan. Projek ini dilaksana secara 2 fasa dimana fasa 1 melibatkan kerja-kerja  pembinaan Blok Pusat Kesihatan Prima, Kafeteria, Creche, Surau, Blok M&E, Tangki Air Aras Tinggi dan Kerja-kerja Infrastruktur. Manakala Fasa 2 melibatkan pembinaan Blok Utama Hospital Pengajar.

Turut hadir ialah Dato’ Ir. Dr. Balamurugan A/L A. Gopal, Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan, En Morni Bin Buang iaitu Wakil Pengarah Projek (WPP) Utama, En. Humphrey Rayang Ak Nelson Janang, Pengarah Bahagian Pembangunan UNIMAS, Professor Madya Dr. Ehfa binti Bujang Safawi, Pengarah Hospital HPUNIMAS, wakil dari WPP (Pakar), perunding dan kontraktor.