Date: Rabu, November 22, 2023

15 November 2023 - Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) telah menerima kunjungan delegasi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang diketuai oleh Pengurus Besar Unit Pembangunan Projek Bersepadu, Tuan Zulkeflee bin Mohamad Zin. Pihak CPAB yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks (BPPK), Ir. Hajjah Atikah binti Zakaria @ Ya, berbesar hati menerima kunjungan ini dan meluangkan masa untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam pelaksanaan BIM serta penggunaan sistem pemantauan projek di JKR.

Lawatan delegasi yang dihadiri seramai 22 orang pegawai ini merupakan salah satu inisiatif PKNS dalam usaha menambahbaik sistem penyampaian projek pembangunan di bawah PKNS.

Program ini dimulakan dengan ucapan kata aluan oleh Pengarah BPPK CPAB dan disusuli dengan pembentangan pengenalan organisasi dan tujuan lawatan oleh Pengurus Besar PKNS.  Taklimat diteruskan dengan pengenalan dan penjelasan lanjut berkenaan sistem pemantauan projek JKR melalui penggunaan Sistem Kawal dan Lapor (SKALA) oleh Ir. Ts. Hajjah Sarimah binti Ahmad, Jurutera Awam Penguasa Kanan Unit Pemantauan Prestasi Projek, CPAB.

Seterusnya taklimat berkaitan pelaksanaan projek BIM yang diketuai oleh Ts. Zainariah binti Zainal Abidin diisi dengan pembentangan oleh Ir. Ts. Mohd Faiz bin Shapiai, Pakar Rujuk Jabatan (SME BIM).  Sesi taklimat dan demostrasi perisian BIM skop bangunan, infrastruktur, koordinasi serta ukur bahan pula telah dibentangkan oleh Khairudin bin Abu Kasim, Ruzaireen binti Kamaruzaman, Noor Asyikin binti Sepiai,Nor Fadzlina binti Amari, Nahziatul Shima binti Ismail, Norhaslinda binti Mohd Sarif, dan Suwaibah binti Besah @ Sitam.

Sebagai tanda penghargaan dan kerjasama, program diteruskan dengan sesi penyerahan dan pertukaran cenderahati oleh kedua-dua pihak serta sesi bergambar.

Diharapkan pendedahan dan perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada pihak PKNS dalam usaha menyokong inisiatif pendigitalan pengurusan projek dan fasiliti di peringkat industri pembinaan Malaysia seterusnya, mewujudkan kerjasama strategik kedua pihak dalam aspek perkongsian ilmu adaptasi teknologi pembinaan terkini.

pkns X cpab

pkns X cpab

pkns X cpab

pkns X cpab

pkns X cpab

pkns X cpab

pkns X cpab

pkns X cpab