Date: Khamis, Ogos 10, 2023

Pada 10 Ogos 2023 (Khamis), telah berlangsung Pelancaran Sistem Pendaftaran dan Pelupusan Rekod (SPPR) Cawangan Kerja Keselamatan di Dewan Emerald, CKS Maju Tower. Sistem tersebut telah dilancarkan oleh YBrs. Ir Maria binti Marcus, Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan di dalam Majlis Bersama Pengarah Bil. 2/2023.

Matlamat pembangunan Sistem Pendaftaran & Pelupusan Rekod (SPPR) ini adalah untuk melaksanakan pengurusan penyimpanan rekod fail dari peringkat pendaftaran sehingga ke proses pelupusan fail. Penggunaan sistem akan memudahkan penyimpanan maklumat pewujudan fail, memudahkan pengesanan tempat penyimpanan fail, memantau tempoh penyimpanan fail yang telah tutup, mengenalpasti fail-fail yang telah tamat tempoh simpanan seterusnya memudahkan pengisian borang-borang pelupusan rekod mengikut jenis-jenis fail dan membantu mempercepatkan proses pelupusan fail selaras dengan Panduan Pelupusan Rekod Awam yang dikeluarkan oleh Jabatan Arkib Negara. Ianya dapat menjimatkan masa dan mengurangkan kesilapan untuk pengisian borang-borang arkib yang berkaitan. Di samping itu ianya dapat menjimatkan dan mengoptimumkan penggunaan sumber tenaga manusia dalam melaksanakan proses pelupusan fail. Pengurusan pelupusan rekod yang baik dan terancang membantu menjimatkan kos, ruang, masa serta menyelesaikan masalah timbunan fail di jabatan. Penggunaan sistem ini akan dapat meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan Jabatan/Agensi Kerajaan dalam menguruskan rekod.

Sistem SPPR boleh dicapai secara atas talian di laman sesawang www.sppr.jkr.gov.my (link is external). Untuk peringkat permulaan, penggunaan sistem di peringkat Cawangan Kerja Keselamatan dahulu dan penggunaannya akan diperluaskan ke cawangan-cawangan lain di JKR sebelum akhir tahun 2023.