Date: Jumaat, Februari 19, 2021

Majlis Penyerahan Projek Jalan Tepi Sungai Muda Dari Simpang Pokok Machang Ke Kuala Sin, Daerah Kuala Muda, Kedah telah diadakan pada 17 Februari 2021 (Rabu) bertempat di Dewan Taklimat JKR Daerah Kuala Muda, Kedah. Majlis penyerahan ini telah diadakan secara tertutup dengan bilangan kehadiran jemputan yang terhad dan mematuhi Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hj. Ibrahim bin Ahmad, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah kepada Pengarah Pejabat KPLB Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang, YBrs. En. Hakmal Effendi bin Ishak selaku wakil pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Projek Jalan Tepi Sungai Muda Dari Simpang Pokok Machang Ke Kuala Sin, Daerah Kuala Muda, Kedah yang dilaksanakan secara Reka dan Bina ini telah dilaksanakan oleh UCM Construction Sdn. Bhd. dan telah bermula pada 22 Ogos 2017 dengan skop utama meliputi pembinaan jalan raya baru mengikut standard JKR R2 sepanjang 7.6 km, dengan menaiktaraf tiga (3) persimpangan sedia ada, serta membina dua (2) buah jambatan baru (Jambatan Sungai Sungkup dan Jambatan Sungai Kerkau).

Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) projek ini telah dikeluarkan pada 17 Disember 2020, awal 45 hari berbanding Tarikh Siap Semasa pada 31 Januari 2021 dengan penjimatan sebanyak RM1,756,480.01.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengurus Program projek iaitu Bahagian Pengurusan Projek Luar Bandar, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia dibantu dengan Head of Design Team (HODT) Cawangan Jalan (CJ), Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan (CKUB), dan Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga (CASKT) yang telah merancang dan menyelaras pelaksanaan projek ini.

Sekalung tahniah kepada pasukan penyeliaan projek yang diterajui oleh Pegawai Penguasa iaitu Tuan Haji Ibrahim bin Ahmad, Pengarah JKR Negeri Kedah dan dibantu oleh Jurutera Daerah Kuala Muda selaku Wakil Pegawai Penguasa Utama dan Wakil Pegawai Penguasa Elektrik dan Ukur Bahan JKR Negeri Kedah, serta Bahagian Jalan, JKR Negeri Kedah sebagai wakil HOPT di atas kerja keras dalam memastikan projek ini berjaya disiapkan mengikut tempoh masa, kos dan kualiti yang telah ditetapkan.

Ucapan syabas dan tahniah juga kepada pihak kontraktor utama, UCM Construction Sdn. Bhd dan pasukan perunding iaitu:

1. Pinnacle Engineering Consult – Perunding Utama dan Awam & Struktur;

2. Mega Jati Consult Sdn. Bhd. – Perunding Mekanikal & Elektrikal;

3. RHQS Consultant – Perunding Juru Ukur Bahan;

4. HZ Survey Consult – Perunding Juru Ukur Tanah;

serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek ini.

Projek ini diserahkan secara 14 dalam 1 kepada pelanggan dalam tempoh yang telah ditetapkan yang merangkumi perkara berikut:

1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);

2. Lukisan Siap Bina (As-Built);

3. Penyata Akaun Muktamad (SOFA);

4. Penjimatan Kos Berbanding Kos Projek Asal

5. Zero Major Defect

6. Pematuhan Sepenuhnya Kualiti Alam Sekitar

7. Zero Lost Time Injuries (LTI), Sifar Kemalangan

8. Siap Awal 45 Hari Dari Tarikh Siap Semasa

9. Program CSR

10. Best Practices Dalam Traffic Management System

11. Pematuhan Penuh SOP COVID-19

12. Objektif Projek Berjaya Dipenuhi

13. Penyediaan Coffee Table Booklet

14. Permohonan Awal Pendaftaran Jalan Negeri Dalam Sistem MARRIS (K694)

Semoga dengan penyiapan dan penyerahan projek ini, kemudahan jalan raya di luar bandar seperti ini dapat memberi manfaat kepada penduduk tempatan dalam menjalani kegiatan harian dan juga membuka peluang pembangunan di kawasan setempat.

4