Date: Khamis, Mei 23, 2019

Majlis serahan Klinik Kesihatan (Jenis 3) dengan Kuarters, Marang, Terengganu telah disempurnakan Pada 21 Mei 2019 (Selasa), Pihak JKR dengan rasminya menyerahkan projek ini kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mana ianya akan diterima oleh Pihak Pejabat Kesihatan Negeri Terengganu.

Majlis ini telah telah dihadiri oleh Ybrs. Dr. Mohd Bin Jusoh, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, YBhg. Dato’ Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi, Pengarah Pembangunan Negeri Terengganu, Ybhg. Dr. Kasemani Binti Embong, Ybrs. Ir. Amalludin Bin Zolkifli, Jurutera Daerah JKR Marang, Ybrs Kamaruddin Bin Yaakob, Ketua Penolong Pegawai Daerah Marang, Pn. Mardiyati binti Zahidi, Jurutera Awam Bahagian Pengurusan Projek 3 Cawangan Kerja Kesihatan JKR.

Majlis ini turut dihadiri oleh para Pegawai dari Pejabat Kesihatan Negeri Terengganu, Pejabat Kesihatan Daerah Marang, JKR Terengganu serta JKR Marang.

Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Dengan Kuarters Marang, Terengganu ini dibina di atas tapak yang berkeluasan 2.984 hektar di Lot 60405 di Daerah Marang. Rekabentuknya adalah PRE-APPROVED PLAN (PAP) yang dilaksanakan secara KONVENSIONAL.  bagi memberi kemudahan kesihatan kepada seramai 300 hingga 400 orang pesakit sehari.

Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Marang dilantik sebagai Pengawai Penguasa (PP) dan dibantu oleh Jurutera Bangunan selaku Wakil Pegawai Penguasa (WPP)  selain Penyelia Tapak Bina (PTB) serta anggota pasukan yang lain.  Kontraktor yang melaksanakan projek ini adalah Rancangan Kita Sdn. Bhd. Projek Klinik Kesihatan ini telah dimulakan pembinaannya pada 17 Oktober 2016 dan telah disiapkan dengan jayanya pada 10 April 2019 iaitu dalam tempoh pembinaan meliputi dua tahun setengah. Kos kontrak asal projek ini adalah RM 19,069,400.00 tetapi disiapkan dengan kos sebenar berjumlah RM 17,351,618.80 yakni mempunyai penjimatan sebanyak RM 1,717,781.20 (9%). Penyiapan Projek ini dikategorikan sebagai Penyiapan secara 4 in 1 (Perakuan Siap Kerja, Penyerahan Dokumen Lukisan Terbina,  Penyata Perakuan Muktamad (SOFA) dan Penjimatan)

Klinik Ini menawarkan perkhidmatan seperti Klinik Pesakit Luar, Klinik Ibu dan Kanak-Kanak, Klinik Pergigian, Perkhidmatan Kesihatan untuk Sekolah-Sekolah Kerajaan, Perkhidmatan Kawalan Vektor Serta Klinik Kecemasan. Disamping ianya dilengkapi dengan kemudahan sokongan yang lain untuk pesakit yang menerima rawatan. Empat (4) unit kuarters iaitu dua (2) kuarters kelas F dan dua (2) kuarters kelas G juga disediakan.

Pihak Pejabat Kesihan Negeri memaklumkan bahawa pengoperasian sepenuhnya Klinik Kesihatan ini adalah pada 16 Jun 2019. 

Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.

Sila klik link untuk video projek