Date: Isnin, September 25, 2023

Majlis penyerahan projek Menaiktaraf Bangunan dan Kemudahan Asas di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan pada 22 September 2023 bertempat di Dewan Serbaguna IKTBN.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Ts. Mohd Zamri Bin Mohamud, Jurutera Daerah JKR Hulu Langat kepada YBrs. Puan Zakiah Bt Mat Jaki, Timbalan Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia Dan Sukan dan seterusnya kepada Pn. Dalila Binti Sharingat, Pengarah IKTBN Dusun Tua. Wakil HOPT dan pasukan projek JKR Daerah Hulu Langat serta pegawai-pegawai kanan KBS dan IKTBN Dusun Tuan juga turut hadir bersama untuk menyempurnakan penyerahan projek ini.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman. Pengurus Program adalah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB). HOPT adalah Bahagian Bangunan JKR Selangor & wakil pegawai penguasa adalah daripada Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Selangor, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Selangor, Bahagian Arkitek JKR Selangor dan JKR Daerah Hulu Langat telah diberikan tanggungjawab untuk menyelia projek ini di tapak bagi memastikan kualiti projek ini pada tahap yang tertinggi. Perolehan projek ini telah dilaksanakan secara tender terbuka dan kontraktor yang berjaya adalah Perniagaan Emzek.

Skop kerja utama bagi projek ini ialah menaiktaraf dewan serbaguna IKTBN yang telah berusia lebih 50 tahun. Projek ini adalah Projek Penyelanggaraan Ubahsuai dan Naiktaraf (PUN).

Kerja-kerja menaiktaraf dewan ini telah dimulakan pada 03 Ogos 2021 dan disiapkan pada 22 September 2023 iaitu awal 30 hari dari tarikh siap semasa. Perakuan Kerja Siap juga adalah pada 22 September 2023.

Projek ini telah disiapkan secara 6 dalam 1 iaitu:

i. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)

ii. Statement of Final Account (SOFA)

iii. Lukisan Siap Bina (As-built Drawing)

iv. Zero Major Defect

v. Penyediaan Coffee Table Book (Digital)

vi. Projek Siap Awal Dari Jadual

 

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek dapat disiapkan dengan jayanya.

 

#TogetherWeDeliver

#Jasa Kepada Rakyat

#Malaysia MADANI

#Kita Selangor Maju Bersama

IKTBN

IKTBN

IKTBN

IKTBN

IKTBN

IKTBN

IKTBN

IKTBN

IKTBN

IKTBN

IKTBN

IKTBN

IKTBN