Date: Isnin, April 12, 2021

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK MENAIKTARAF PUSAT LATIHAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN MALAYSIA (PLKPM) BANDAR BARU ENSTEK, NEGERI SEMBILAN (FASA 2) telah diadakan pada 06 April 2021 (Isnin) bertempat di Dewan Auditorium, Pusat Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia (PLKPM), Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan Darul Khusus pada jam 03.00 petang.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Zuki Bin Ali, Ketua Setiausaha Negara kepada YBrs. Tuan Rahimi bin Ismail, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan diiringi oleh YBhg. Datuk Mohammad Bin Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato' Dr. Razali Bin Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan Datuk Ir. Razdwan Bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar).

Majlis penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato' Solehuddin Alyubi Bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan), YBrs. Pn. Nik Ainun Zanariah Binti Nik Abd Rashid, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Ibu Pejabat JKR Malaysia selaku Pengurus Program, Ir. Roslan Bin Mohd Salleh, Pengarah JKR Negeri Sembilan selaku Pegawai Penguasa (S.O). Turut hadir sama ke majlis ini adalah pegawai-pegawai daripada Jabatan Perdana Menteri, pegawai-pegawai daripada Pejabat Ketua Keselamatan Kerajaan, Pasukan Projek Persekutuan Negeri Sembilan, pegawai-pegawai daripada HOPT (BPP3) & HODT serta pihak Kontraktor dan Perunding.

Projek ini adalah dibawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), Rolling Plan 1 (RP1). Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman. Pengurus Program adalah Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Pegawai Penguasa Projek adalah Pengarah JKR Negeri Sembilan, manakala Wakil Pegawai Penguasa Utama adalah Pasukan Projek Persekutuan Negeri Sembilan Projek ini telah ditender secara tender terbuka dan kontraktor yang terpilih untuk melaksanakannya adalah NS Construction Sdn Bhd. Pembinaan ini bermula pada 25 September 2017 dan telah berjaya disiapkan pada 04 Februari 2021. Kos projek ini adalah RM49,523,528. Projek ini juga turut mencapai Sifar Kemalangan sepanjang tempoh pembinaan dilaksanakan.

Projek ini merangkumi  pembinaan Blok Akademik, Blok Asrama Lelaki dan Perempuan, Dewan Makan, Surau, Padang Kawad, Padang Bola, Jogging Track, Obstacle Track, Blok Sokongan dan Kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal..

Projek ini turut berjaya disiapkan secara 3 dalam 1 iaitu :

1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) yang telah diperakukan pada 04. Februari 2021

2. Perakuan Certificate of Completion and Compliance (CCC)

3. Statement of Final Account (SOFA)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek Persekutuan Negeri Sembilan, Cawangan Kerja Bangunan Am1 selaku Pengurus Program, barisan pakar HODT JKR, Pihak Kontraktor dan perunding dan semua pihak serta agensi yang terlibat kerana telah berjaya menyiapkan projek ini dengan output kerja yang amat membanggakan.