Date: Isnin, Ogos 8, 2022

Isnin, 1 Ogos 2022

Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan bagi Projek Pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), Di Kem Sri Miri Sarawak - Fasa 2 (Reka dan Bina) telah diadakan pada 01 Ogos 2022 (Isnin) bertempat di Tapak Projek RKAT Kem Sri Miri-Fasa 2, Batalion Ke-20 RAMD Kem Sri Miri.

Penyerahan Projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Morni Bin Buang, Jurutera Awam Penguasa Kanan selaku Wakil Pegawai Penguasa Utama, Pasukan Projek Khas 2 (Sarawak) kepada wakil pengguna, Mejar Asraf bin Abdul Kahar (Penolong Pegawai Memerintah Batalion ke 20 Rejimen Askar Melayu Diraja) dengan disaksikan oleh Lt. Kolonel Nurizam bin Muhammad Hanafiah (S.O 1 Senggaraan Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat) dan Pengarah Urusan Dermaga Makmur Sdn. Bhd, Tn.Hj. Mohammed Amin bin Adenan selaku kontaktor utama bagi projek ini.

Projek ini dilaksanakan secara Reka dan Bina oleh Cawangan Kerja Keselamatan (CKS) selaku Pengurus Program dan diselia oleh Pasukan Projek Khas 2 selaku Pegawai Penguasa. Projek ini telah dilaksanakan oleh kontraktor Dermaga Makmur Sdn. Bhd bermula pada 22 Februari 2018 dan siap sepenuhnya pada 20 Mei 2022.

Kos kontrak asal projek ini adalah RM39,165,285.98 manakala kos kontrak semasa pula adalah RM36,419,549.75 dengan penjimatan sebanyak RM2,745,736.23.

Skop Kerja bagi projek ini melibatkan Kerja-Kerja Pembinaan Bangunan Kediaman (9 unit Blok Kediaman), Bangunan Sokongan (Tempat letak kereta berbumbung, rumah sampah), Kerja-Kerja Luar (Perobohan, Jalan Raya dan Tempat Letak Kereta, Saliran Permukaan Air, Retikulasi Pembentungan dan Tangki Septik Kumbahan, Retikulasi Air Luaran & Taman Permainan Kanak-Kanak), Perabot Terbina dan Kerja di bawah WPS (Landskap, Taman Rekreasi & Gelanggang Permainan, Penempatan Semula Perkhidmatan Sedia ada, Papan Tanda, Perabot Mudah Alih)

Projek ini turut berjaya disiapkan dan diserahkan secara 6 dalam 1 iaitu :

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
  2. Lukisan Siap Bina (As-Build Drawing)
  3. Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
  4. Occupation Permit
  5. Operation and Maintenance (O&M) Manual
  6. Penjimatan Perbelanjaan Projek sebanyak RM2,745,736.23 daripada kos kontrak asal

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek Khas 2 (Sarawak) dengan kerjasama dan sokongan yang sangat baik dari Pasukan HOPT dan HODT, serta komitmen yang baik dari Dermaga Makmur Sdn. Bhd dan juga dari pihak pelanggan iaitu Kementerian Pertahanan (MINDEF)

Jutaan terima kasih juga pada semua yang terlibat dalam menjayakan projek dan majlis penyerahan ini.