Date: Selasa, September 20, 2022

Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan bagi Projek Membina dan Menyiapkan Pejabat Hutan Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur telah berlansung dengan jayanya pada 15hb September 2022 (Khamis) bertempat di Tapak Projek Membina dan Menyiapkan Pejabat Hutan Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur.

 

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang, YBHG. Dato’ Ir Ts Hafizah Binti Zakaria, DIMP. kepada wakil Pelanggan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, En. Rosilan Bin Said, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

 

Pada majlis ini, diadakan upacara menandatangani Sijil Penyerahan dan Penerimaan Projek oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang, YBHG. Dato’ Ir Ts Hafizah Binti Zakaria selaku Pegawai Penguasa kepada En. Rosilan Bin Said, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

 

Majlis diteruskan dengan penyerahan ‘Replika Kunci dan Box Kunci’ oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang, YBHG. Dato’ Ir Ts Hafizah Binti Zakaria kepada En. Rosilan Bin Said, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sebagai simbolik penyerahan projek ini.

 

Kaedah perlaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman oleh Bahagian Bangunan JKR Pahang selaku Pengurus Program dan HOPT serta Pegawai Penguasa projek ini adalah Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang. Tarikh milik tapak projek ini adalah pada 02hb November 2019 dan tarikh siap semasa pada 26hb Jun 2022 dengan kos projek sebenar projek RM4,580,405.72. Kontraktor utama bagi projek ini adalah Wadiaz Bina Sdn Bhd.

 

Skop kerja yang terlibat adalah Prelimineries & General Conditions, Piling Works, Substructure Works, Building Works, Internal Service, Ancillary Buildings, Demolation Works, Pest Control & Antitermite, Prime Cost Sum, Provisional Sum dan External Works. Dalam tempoh menyiapkan projek ini, banyak cabaran yang perlu dilalui seperti keadaan pendemik COVID-19 yang melanda Negara/Isu Global di seluruh dunia. Pandemik COVID-19 telah menyaksikan impak yang besar secara langsung mahupun tidak ke atas semua sektor di dalam dan luar negara. Penularan virus ini telah menghentikan semua sektor dari beroperasi buat sementara waktu termasuklah sektor pembinaan. 

 

Tahniah diucapkan kepada pihak kontraktor yang telah Berjaya menyiapkan projek ini dan diserahkan kepada pihak pelanggan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada HOPT Bahagian Bangunan JKR Pahang, HODT, Pasukan Projek JKR Daerah Rompin serta kontraktor utama yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini. Terima kasih juga kepada pelanggan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh perlaksanaan projek ini