Date: Jumaat, November 4, 2022

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi Projek Pembinaan Pembinaan Pejabat Cawangan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) Zon Utara, Bandar Sungai Petani, Daerah Kuala Muda, Kedah telah berlangsung dengan jayanya pada 2 November 2022 (Rabu) jam 10.00 pagi bertempat di tapak projek berkenaan.

Majlis Penyerahan ini disempurnakan oleh YBrs. Sr. Siti Baizura Mohamad Noor, Pengarah Cawangan Kerja Bangunan Am 2 kepada YBhg. Datuk Ts Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. Dr. Nagulendran A/L Kangayatkarasu, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, YBrs. Puan Hjh Noraishah Binti Pungut, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga Atom Malaysia, YBrs. En. Mohd Zulhasmi bin Jamaluddin, Setiausaha Bahagian Pembangunan MOSTI, YBrs. Ir. Chua Lee Hwa, Jurutera Awam Penguasa Bangunan JKR Negeri Kedah mewakili Tuan Pengarah JKR Negeri Kedah, YBrs. En. Mohamad Azmi bin Yaakob, Jurutera Daerah JKR Kuala Muda selaku Pegawai Penguasa, YBhg. Dato’ Bahador Bin Ab Rahman, Pengarah Urusan, SBAR BINA Sdn. Bhd. selaku Kontraktor Utama Projek, pegawai-pegawai kanan MOSTI dan Jabatan Tenaga Atom Malaysia, Pasukan Projek JKR, HOPT, HODT serta Pasukan kontraktor utama & NSC.

YBhg. Datuk Ts Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) juga sekaligus merasmikan nama baru untuk Lembaga Perlesenan Tenaga Atom LPTA iaitu Jabatan Tenaga Atom Malaysia.

Pembinaan projek ini telah bermula pada 13 Februari 2020 dan berjaya disiapkan pada 29 September 2022 yang lalu dengan kos kontrak asal.

Skop projek ini melibatkan pembinaan satu (1) unit bangunan pejabat dua (2) tingkat, satu (1) unit setor barang-barang rampasan dan sitaan, satu (1) pondok pengawal keselamatan, satu (1) garaj dan lima (5) lot parking untuk kenderaan kerajaan dan kakitangan. Projek ini dilaksanakan dibawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), Rolling Plan 3 (RP3) dengan kaedah pelaksanaan secara konvensional dalaman.

Projek ini telah berjaya disiapkan secara 3 dalam 1 iaitu:

1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) yang telah diperakukan pada 29 September 2022

2. Pengeluaran Statement of Final Account (SOFA)

3. Lukisan Siap Bina

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan penyeliaan JKR termasuk Cawangan Kerja Bangunan Am 2 selaku Pengurus Program & HOPT, HODT, WPP Pakar, pihak kontraktor SBAR BINA Sdn. Bhd., Subkontraktor Dinamakan (NSC) serta semua agensi yang terlibat yang telah berusaha gigih dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam penyiapan projek ini.