Date: Khamis, Julai 21, 2022

21 JULAI 2022 - Satu Majlis Penyerahan Sijil Pentauliahan Champion Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan EKSA Do-It-Yourself (EKSA DIY) Kluster Kementerian dan Agensi Pusat & Jabatan Utama (APJU) telah diadakan di Mesmera Ballroom, Hotel Everly, Putrajaya. Majlis dan penyerahan sijil kepada penerima sijil Champion EKSA telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah MAMPU, YBhg. Datuk Seri Dr. Yusof bin Ismail dan dihadiri oleh semua wakil Pengurusan Kementerian/Agensi. Turut serta dalam penyampaian ini ialah YBhg. Dato' Ir. Hj. Masri bin Baharuddin  bersama YBrs. Tn. Hj Abdul Rani bin Harun sebagai wakil Pengurusan JKR. Seramai dua (2) orang pegawai daripada JKR telah berjaya ditauliahkan sebagai Champion EKSA iaitu En. Mohd Asri bin Zainol dan Pn. Saniza binti Mohamad Saleh daripada Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Diharapkan dengan pengikitrafan ini dapat memberi penambahbaikan dan pembudayaan amalan EKSA secara kolektif dan berterusan kepada semua warga JKR. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada penerima sijil pentauliahan ini.