Date: Isnin, Ogos 26, 2019

Cawangan Kerja Kesihatan (CKK) Ibu Pejabat JKR Malaysia telah mengadakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST), Lukisan Pembinaan dan juga Dokumen Kontrak (3in1) pada 19 Ogos 2019 bertempat di Aras 22, Cawangan Kerja Kesihatan, Menara Kerja Raya (Blok G).

Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Mohd Rahim bin Kawangit selaku Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, kepada kontraktor yang berjaya. Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa kepada Encik  Ahmad Fahmi bin Abd. Ghafar - selaku Wakil daripada Pengarah JKR Negeri Selangor  yang telah dilantik sebagai Pegawai Penguasa bagi projek ini.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Pengarah Cawangan Kontrak & Ukur Bahan (CKUB)  - YBrs. Sr Nik Zainal Alam bin Hasan, Arkitek Penguasa Kanan Cawangan Arkitek - Ar. Abd. Shukor bin Ismail, wakil-wakil daripada pihak KKM, JKR Negeri Selangor serta pejabat HODT.

Disamping itu, pihak kontraktor juga turut menandatangani Akujanji Kontraktor yang menyatakan  kontraktor akan  melaksanakan amanah projek yang diberikan  dengan tekun dan teratur serta akan menyiapkan projek ini dengan kualiti yang menepati spesifikasi, masa dan kos yang ditetapkan.

Maklumat kontrak :

PROJEK

   NAIKTARAF ICU, HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH KLANG, SELANGOR

NAMA KONTRAKTOR

   CALL TIMES ENGINEERING SDN. BHD.

KOS KONTRAK

   RM 14,841,529.70

TARIKH MILIK TAPAK

   26 OGOS 2019

TARIKH SIAP

   25 OGOS 2022

 

Berita oleh :

Bahagian Pengurusan Projek 2,
Cawangan Kerja Kesihatan