Date: Rabu, November 22, 2023

Mesyuarat Penyelarasan Ahli Jawatankuasa Antara Agensi Kerajaan Bagi Pengurusan Cerun (ICSM) Kali Ke-17 telah dilaksanakan pada 16 - 17 November 2023. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Mohd Shaifuddin Bin Abdul Razak, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Mesyuarat ini membincangkan pencapaian dan halatuju Pelan Induk Cerun Negara (PICN) 2009 – 2023 seiring dengan matlamat dan objektif PICN yang telah ditetapkan. Keanggotaan ahli ICSM ini merentas kementerian, agensi kerajaan dan swasta, pihak berkuasa tempatan, dan lain-lain yang berkaitan. Kehadiran ahli ICSM pada siri ini adalah seperti berikut:

  • Kementerian Kerja Raya
  • Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
  • Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
  • Jabatan Mineral & Geosains Malaysia
  • Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)
  • Jabatan Kerajaan Tempatan
  • Jabatan Meteorologi Malaysia
  • Jabatan Alam Sekitar
  • Jabatan Kebajikan Malaysia
  • Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
  • Jabatan Ukur & Pemetaan
  • PLAN Malaysia
  • Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, (JKR)
  • JKR Sabah
  • JKR Selangor
  • Pusat Geospatial Negara
  • Angkatan Pertahanan Awam
  • Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia
  • Polis Diraja Malaysia
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
  • Jabatan Wilayah Persekutuan
  • Lembaga Lebuhraya Malaysia
  • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
  • Majlis Perbandaran Ampang Jaya
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang
  • Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor
  • PLUS Malaysia Berhad

 

PEMBENTANGAN & PERKONGSIAN ILMU

Kumpulan 1 - Pemetaan Bahaya & Risiko Cerun dibentangkan oleh En. Mohamed Fadzli Bin Rahman, Penolong Pengarah Kanan daripada Jabatan Mineral & Geosains Malaysia.

Kumpulan 2 - Pendidikan & Kesedaran Awam dibentangkan oleh Ir. Ts. Muhammad Qayyum Bin Amran, Jurutera Awam daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR.

Kumpulan 3 - Dasar & Perundangan dibentangkan oleh Ir. Mohd Fairoze Mazly Bin Zulkifli, Jurutera Awam Kanan daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR

Kumpulan 4 - Kesiapsiagaan Menghadapi & Pemulihan Bencana dibentangkan oleh Tuan Wan Marhafidz Shah Bin Wan Mohd Omar, Pengarah Seksyen Mitigasi daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Kumpulan 5 -  Kajian & Penyelidikan dibentangkan oleh Ir. Dr. Sherliza Binti Zaini Sooria, Pengarah Bahagian Inovasi, Penyelidikan Dan Pembangunan Kejuruteraan daripada CREaTE JKR.

Sesi Perkongsian Ilmu oleh Dato’ Ts. Nor Hisham Bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah Operasi daripada Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, yang bertajuk “SOP & Misi Menyelamat Tragedi Cerun Runtuh di Tapak Perkhemahan Father’s Organic Farm”.

Sesi Perkongsian Ilmu oleh Dr. Mohammad Niizar Bin Abdurahman, Jurutera Awam Kanan daripada Bahagian Keselamatan Cerun, CKC, yang bertajuk “Laporan Forensik Tanah Runtuh di Tapak perkhemahan Father’s Organic Farm”.

Sesi Perkongsian Ilmu oleh Ts. Ahmad Faris Bin Mohd Ghazali, Jurutera Daerah daripada JKR Daerah Hulu Selangor, yang bertajuk “Kaedah Pembaikan Tanah Runtuh di Tapak perkhemahan Father’s Organic Farm”.

Sesi Perkongsian Ilmu oleh En. Mohd Faizal Bin Abd Hamid, Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Pembangunan Komuniti Dan Sosial daripada NADMA, yang bertajuk “Cabaran Insurans Bencana Dengan Status Cadangan NADMA dengan Bank Negara Malaysia dan Industri Insurans”.

Sesi Perkongsian Ilmu oleh Ir. Dr. Jimjali Ahmed daripada Opus Consultants (M) Sdn. Bhd. yang bertajuk “A study on Determining Äcceptable Risk” and “Tolerable Risk” Criteria”.

Sesi Perkongsian Ilmu oleh Pn. Nurul Anis Binti Bahari daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang, yang bertajuk “Pengurusan Cerun dan Kawasan Pembangunan di Kawasan Bukit oleh PBT”.

Sesi Perkongsian Ilmu oleh Pn. Salhana Binti Ismail daripada Jabatan Kerajaan Tempatan, yang bertajuk “Peranan JKT Dalam Pengurusan Cerun Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan”

icsm

 

LAWATAN KE PROJEK PEMBAIKAN CERUN

 

Lokasi mesyuarat pada kali ini dipilih di kawasan Genting Highlands kerana pada hari kedua para ahli mesyuarat telah dibawa melawat ke tapak projek pembaikan cerun di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali yang telah mengalami runtuhan pada 18 Disember 2022 yang lepas. Taklimat lawatan telah disampaikan oleh wakil daripada JKR Selangor, taklimat geologi telah disampaikan oleh Dr. Ferdaus Ahmad, wakil daripada JMG dan taklimat kerja-kerja misi menyelamat mangsa runtuhan disampaikan oleh wakil Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

 

icsm

icsm

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TAHNIAH diucapkan kepada semua wakil agensi yang terlibat dan telah memberikan pandangan serta maklumbalas sepanjang mesyuarat ini berlangsung.