Date: Jumaat, Disember 24, 2021

Misi Bantuan Banjir JKR Prihatin telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya YBhg. Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman pada 23 Disember 2021. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dan YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat.

Majlis ini juga disempurnakan dengan penyampaian sumbangan berbentuk dua belas (12) unit water jet dari Cawangan Kontrak Dan Ukur Bahan (CKUB) yang diwakili oleh YBrs. Sr Hj. Mohd Yusoff Othman, Yang Menjalankan Tugas Pengarah Kanan CKUB. Warga JKR bersama pihak konsesi juga turut memberi sumbangan ke tabung Misi Banjir JKR Prihatin.