Date: Rabu, Disember 15, 2021

Julung-julung kalinya Jabatan Kerja Raya (JKR) bergabung bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengadakan pameran bersama di booth Kementerian Kerja Raya (KKR). Pameran ini diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) yang telah diadakan bermula dari 9 Disember 2021 sehingga 12 Disember 2021.

 

Pameran ini diadakan bagi berkongsi kejayaan pencapaian KPI 100 Hari Menteri Kanan Kerja Raya. Disamping itu, info-info berkaitan perkhidmatan kementerian dan agensi juga dipamerkan di booth tersebut. Pelbagai program dan interaktif diadakan sepanjang program berlangsung. Booth pameran juga memaparkan halatuju, bidang fokus dan keseluruhan pelan bisnes JKR

 

Pameran ini amat bermakna dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu (1) YAB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia; (2) YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN); (3) YB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya; (4) YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Kerja Raya; (5) YBhg. Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya (6) YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Kanan Kewangan; (7) Dato' Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Polis Negara dan ramai lagi dif-dif kehormat yang melawati booth KKR.

 

Kesemua tetamu kehormat telah diberi penerangan tentang intipati-intipati pameran termasuk poster-poster yang dipamerkan di dalam booth tersebut. Cetusan harapan dan cita-cita diterjemahkan dalam pameran ini sebagai bukti komitmen JKR dalam pembangunan negara.

 

Kejayaan program ini tidak dapat dicapai tanpa adanya kerjasama yang jitu daripada semua pihak. Oleh itu, sekalung ucapan terima kasih kepada barisan petugas JKR yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan dari Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Cawangan Kejuruteraan Awan & Struktur, Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu, Cawangan Arkitek, JKR Hulu Langat dan JKR Gombak serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak yang telah menyumbang idea, tenaga dan masa dalam menjayakan program ini.