Date: Selasa, September 27, 2022

Jabatan Kerja Raya telah membangunkan aplikasi Pengenalpastian Kompetensi (Competency Identification, CI) bagi mengukur tahap kompetensi yang dimiliki oleh pegawai berbanding kompetensi jawatan. Hasil daripada penilaian ini, profil kompetensi sumber manusia di JKR akan diperolehi untuk pengurusan sumber manusia.

 Pelaksanaan CI akan melibatkan semua pegawai Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana Skim Perkhidmatan Kejuruteraan (J) sahaja. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon agar semua warga JKR Skim Perkhidmatan Kejuruteraan (J) melaksanakan penilaian kompetensi menggunakan aplikasi CI secara atas talian di pautan di bawah.

Intranet JKR – https://www.jkr.gov.my - Klik pada pautan MyKJ - KOMPETENSI

Untuk makluman, penilaian CI ini akan bermula pada 3 OKTOBER 2022 dan akan berakhir pada 17 OKTOBER 2022. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berhubung perkara ini, dipohon menghubungi pegawai berikut:

Pertanyaan

Nama Pegawai

No. Telefon

E-Mail

@jkr.gov.my

Competency Identification (CI)

1. Ir. Norain binti Osman

2. Ir. Wan Nur Azierin binti Wan Azmin

 

  1. 03-26188666

2.  03-26188675

    

 

  1. norainosman
  2. wnazierin

 

MyKJ

 

  1. Pn. Mu’azzah binti Abd Hamid
  2. Pn. Ku Shamsinah binti Abdullah

 

  1. 03-26188634

 

  1. 03-26188630

 

 

  1. muazzah

 

  1. kushamsinah

 

Web Single Sign On (SSO)

Helpdesk Bahagian Teknologi Maklumat

03-26107071

Helpdesk

 

Kerjasama dan keprihatinan Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan di dalam memastikan kelancaran perjalanan penilaian ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.