Date: Rabu, Jun 15, 2016
Sukacita dimaklumkan YBrs. Encik Mas Abdul Rahman bin Mas Mohamed telah dilantik sebagai Pengarah di Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor (memangku Gred Utama C) berkuatkuasa 15 Jun 2016. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Ir. Dr. Roslan bin Md. Taha, yang menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya di tingkat 33, Menara Kerja Raya pada petang 15 Jun 2016.
 
Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepadaYBrs. Encik Mas Abdul Rahman bin Mas Mohamed di atas pelantikan tersebut. Semoga dengan pelantikan ini akan menjadi pendorong kepada beliau untuk terus memberikan komitmen kepada kecemerlangan JKR.