Date: Selasa, Mei 17, 2016

Sukacita dimaklumkan, bersempena dengan Hari Inovasi JKR Malaysia 2016 yang dijadualkan berlangsung pada 10-11 Oktober 2016 sebanyak dua (2) kategori anugerah akan dipertandingkan iaitu:

 

a)         Anugerah Pengurusan Fasiliti Terbaik (Bangunan)         (Rujuk Lampiran A)

 

b)        Anugerah Pengurusan Fasiliti Terbaik (Jalan)                 (Rujuk Lampiran B)

 

Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan dengan segala hormatnya dipelawa untuk menyertai anugerah-anugerah di atas dengan mengisi borang penyertaan seperti yang disediakan pada setiap garis panduan yang dilampirkan. Semua borang penyertaan anugerah daripada pejabat YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan hendaklah sampai kepada  pihak  urus setia seperti alamat di bawah selewat-lewatnya pada 25 Mei 2016 (Rabu).

URUS SETIA ANUGERAH JKR MALAYSIA

Bahagian Pengurusan Kualiti (BPK),

Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat,

Ibu Pejabat JKR Malaysia,

Aras 31, Menara Kerja Raya (Blok G),

Jalan Sultan Salahuddin,

50480 Kuala Lumpur.

 

No. Telefon:

03 – 2618 8695 / 8685 / 8682

No. Telefax:

03 – 2618 8707

Emel:

kualiti.jkr [at] 1govuc.gov.my ( (link sends e-mail))

 

Sila klik DI SINI untuk Lampiran A : Anugerah Pengurusan Fasiliti Terbaik 2016 (Bangunan) dan Lampiran B : Anugerah Pengurusan Fasiliti Terbaik 2016 (Jalan) (links are external) untuk memuat turun Garis Panduan Anugerah Pengurusan Fasiliti Terbaik 2016 yang turut mengandungi syarat dan borang penyertaan. Sekian, terima kasih.