Date: Selasa, Ogos 1, 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak JKR dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur mempelawa pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk memohon mengikuti Pengajian Peringkat Sarjana (Coursework) secara Separuh Masa bagi Sesi 2024 dalam Sarjana Sains Infrastruktur Lestari (Master of Science In Sustainable Infrastructure - MSSI). 

Sehubungan dengan itu, pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berminat dan berkelayakan boleh melengkapkan permohonan secara hardcopy yang telah dibekalkan melalui  emel masing - masing. Borang permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan kecuali Lampiran B JPA(L)LDP 1A/96 (Tindakan Urusetia) hendaklah dikemukakan ke pejabat ini selewat-lewatnya sebelum / pada 30 Ogos 2023.
Tatacara Permohonan adalah seperti berikut:

i.        Permohonan boleh dibuat dengan mengisi semua borang permohonan mengikut senarai semak HLPSB (3 salinan);
ii.       Hanya pencalonan yang diperakukan oleh Ketua Jabatan sahaja yang layak untuk memohon;
iii.      Pegawai dari Disiplin Awam, Elektrik, Mekanikal, Ukur Bahan & Senibina hendaklah mengemukakan  borang permohonan beserta Kertas Cadangan Penyelidikan/Pengajian melalui Ketua Disiplin masing-masing untuk mendapatkan persetujuan dan pengesahan terlebih dahulu sebelum mengemukakan ke CDPK;
iv.       Calon perlu menyediakan Kertas Cadangan Penyelidikan/Pengajian (2 salinan) tidak kurang daripada 2 muka surat untuk Sarjana (dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) seperti format yang diberikan.

v.        Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Jabatan ini secara hardcopy di alamat seperti berikut:                       

                Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat

                      Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan
                      Tingkat 30, Menara Kerja Raya (Blok G)

                      Ibu Pejabat JKR Malaysia

                      Jalan Sultan Salahuddin
                      50480 Kuala Lumpur
                      (u.p : Ir. JANARI BIN SEKELI)

vii.        Sebarang pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini boleh dimajukan kepada :      
                     a.   Ir. Norain Binti Osman (03 – 2618 8666) ; norainosman [at] jkr.gov.my
                     b.   En. Mohamad Ain bin Ahmad (03 – 2618 8668) ; mohamadain [at] jkr.gov.my

Maklumat terperinci seperti senarai semak, syarat - syarat, tatacara permohonan dan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan program penajaan HLPSB tahun 2023 ini boleh dirujuk semula melalui emel masing – masing untuk makluman bersama. Selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

URUS SETIA PROGRAM PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA SECARA SEPARUH MASA