Date: Selasa, April 18, 2017

Ucapan tahniah diucapkan kepada Ir. Dr. Haji Zarabizan bin Zakaria yang merupakan Jurutera Daerah Seremban di atas sumbangan beliau  mewakili Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia sebagai pembentang kertas kerja di Ecobuild Southeast Asia Seminar 2017 yang telah diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre Exhibition Hall pada 12 April 2017. Ecobuild Southeast Asia Seminar 2017 merupakan sebahagian daripada slot program bagi International Construction Week (ICW) 2017 yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Tajuk pembentangan beliau adalah “Productivity of Government Construction Projects in Malaysia: Analysis of its Impact on Planning”. Seminar ini adalah satu platform yang menghimpunkan ahli-ahli akademik, para penyelidik dan para professional yang terlibat dengan industri pembinaan untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan bertukar idea serta pengalaman mereka berkaitan quality & safety, environmental sustainability, productivity dan internationalisation.

Seminar ini berfungsi sebagai satu forum pelbagai disiplin khususnya yang terlibat dengan industri pembinaan medan pencetus pemikiran dalam membincangkan penemuan-penemuan inovasi yang terkini, trend dan cabaran yang dihadapi serta kaedah penyelesaian dalam memacu pertumbuhan sektor pembinaan di negara ini. Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi dan pemangkin kepada warga JKR untuk terlibat dalam pembentangan kertas kerja.