Date: Khamis, Ogos 26, 2021

Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Projek Pembinaan Makmal Komputer Sabah (Menyiapkan Baki Kerja Bagi 37 Makmal Komputer) Zon 1, Semporna sebanyak 9 buah makmal sekolah telah diadakan pada 20 Ogos 2021 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat Mataking, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, yang mana turut dilangsungkan secara dalam talian (Google Meet).

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh En.Mohd Danny Chin, Jurutera Awam Kanan (Wakil Pegawai Penguasa (Utama) Pasukan Projek Khas 2  kepada YBrs. Datuk Dr. Mistirine Binti Radin, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Majlis penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran En. Farzi Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Infrastruktur & Perolehan, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Turut hadir sama ke majlis ini adalah Wakil Pegawai Penguasa (Pakar) serta pegawai-pegawai daripada Pasukan Projek Khas 2, Ibu Pejabat JKR Cawangan Kerja Pendidikan (CKP) dari HOPT dan HODT ,Pengarah dan wakil dari PPD Semporna serta Pengetua/ Guru Besar bagi setiap makmal sekolah.

Projek ini menggunakan pelaksanaan secara Konvensional Dalaman dengan harga kontrak asal sebanyak RM 23,688,388.00 Projek ini dilaksanakan secara tender terbuka dan kontraktor yang berjaya adalah GVC Indah Sdn Bhd. Tempoh pembinaan projek bagi Zon 1, Semporna adalah selama 11 bulan  yang bermula pada 16 Jun 2020 hingga 22 April 2021. Projek ini dapat disiapkan awal dari tarikh semasa atas komitmen daripada pihak Kontraktor Utama.

Projek ini berjaya diserahkan kepada pihak pelanggan secara 3 Dalam 1 iaitu :

1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) telah diperakukan pada 22 April 2021;
2. Penyiapan As Built Drawing dan Operation & Maintenance Manual (OMM);
3. Projek dapat disiapkan awal dari Tarikh Siap Semasa.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Projek Khas 2, pihak HOPT dan HODT, pihak kontraktor utama iaitu GVC Indah Sdn Bhd dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan projek dapat disiapkan dan diserahkan kepada pihak pelanggan dengan jayanya.