Date: Khamis, Februari 8, 2024

Bahagian Integriti, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) dengan kerjasama Surau Menara Kerja Raya dan Kelab Sukan CDPK telah menganjurkan satu Program Kerohanian Integriti yang bertajuk “Bekerja Dari Hati” disampaikan oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi pada 06 Februari 2024 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid, Kompleks Kementerian Kerja Raya. Program ini secara tidak langsung adalah untuk memupuk dan membudayakan nilai integriti di kalangan pegawai JKR serta mengukuhkan aspek kerohanian dalam diri pegawai JKR. Program ini telah dihadiri seramai 400 orang pegawai dari semua Cawangan Ibu Pejabat JKR dan serta JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan JKR Wilayah Persekutan Putrajaya.  Antara intipati pengisian program kerohanian integriti “Bekerja Dari Hati” yang disampaikan oleh Ustaz Pahrol adalah bagaimana ingin menjadi pegawai yang bertanggungjawab, amanah, berdedikasi serta cabaran-cabaran faktor manusia yang harus setiap manusia lalui. “Sesungguhmya orang yang paling baik untuk engkau berikan kerja ialah orang yang kuat, lagi amanah” Al-Qasas:26.

Semoga program seumpama ini sedikit sebanyak akan menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak berteraskan agama selari dengan prinsip dan nilai integriti. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir.

Klik link dibawah untuk tonton video program

https://drive.google.com/drive/folders/1vg8xBKdzkBLr7K7WYBebLIOdAgd3EYbR (link is external)