Date: Selasa, Disember 27, 2022

Program Legasi Infrastruktur Negara – 150 Tahun Agensi Teknikal Negara merupakan salah satu program dalam Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2022. Program yang telah diadakan pada 19 Disember 2022 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Simbolik pelaksanaan program ini diadakan adalah bersempena dengan ulang tahun ke-150 tahun penubuhan JKR Malaysia sebagai agensi teknikal terulung negara iaitu bermula dari tahun 1872 sehingga tahun 2022. Program yang merupakan platform perkongsian maklumat, percambahan ilmu dan jaringan kepakaran dalam pelbagai cabang bidang teknikal di Negara ini telah diketuai oleh YBrs. Ir. Ts. Dr. Hj. Zarabizan Bin Zakaria, Ketua Bahagian Pengurusan Perubahan Dan Prestasi (BPPP, CDPK).

Ucaptama program ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) yang menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia. Program ini turut dihadiri oleh YBrs. Ir. Rahmat Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) selaku Pengerusi HPTN 2022, YBrs. Sr Amran Bin Hj. Mohd Majid, Timbalan KPKR (Sektor Pakar) dan YBhg. Dato’ Ir. Hj. Masri Bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat selaku Timbalan Penasihat HPTN 2022 sebagai tetamu kehormat.Seramai lebih 250 orang peserta program telah hadir yang terdiri daripada kakitangan awam dan swasta.

Program kali ini telah menghimpunkan lima (5) orang panel jemputan daripada Kementerian/Jabatan/Agensi yang berbeza iaitu :

1- YBrs. Sr Amran bin Hj. Mohd Majid (Timbalan KPKR (Sektor Pakar), JKR Malaysia)

2- YBrs. TPr. Nik Noraisu binti Nik Ibrahim (Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)

3- Lt. Kol Ali Zakafri bin Hj. Ab Aziz (Pegawai Pemerintah Skuadron Ke 4, Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Jambatan), Kementerian Pertahanan Malaysia)

4- YBhg. Datuk Isham bin Ishak (Ketua Setiausaha, Kementerian Pengangkutan Malaysia)

5- YBrs. Sr Mohd Zaid Zakaria (Timbalan Ketua Eksekutif ll, Lembaga Pembangunan Industri (CIDB) Malaysia)

Panel jemputan telah berkongsi metodologi pencapaian, ledakan keberhasilan dan manifestasi iltizam berasaskan kepada pengalaman dan kepakaran masing-masing. Secara kolektifnya, program ini mengetengahkan sebahagian Kementerian/Jabatan/Agensi yang berperanan sebagai pemangkin pembangunan dan pembentukan legasi infrastruktur di Negara ini.

Selain itu, program ini turut diselitkan dengan segmen Q&A (soal jawab) dan juga kuiz bagi menguji dan meningkatkan kefahaman peserta program mengenai topik yang telah dibentangkan oleh panel jemputan.

Semoga usaha melaksanakan program yang merupakan platform percambahan ilmu dan perkongsian pengalaman pakar dalam pelbagai cabang teknikal ini dapat direalisasikan dan membuahkan outcomes yang optimum kepada negara kita dalam pembangunan infrastruktur yang mampan.