Date: Rabu, April 17, 2024

Selasa, 16 April 2024 bertempat di Ruang Legar Aras 2, Menara Kerja Raya (Blok G) Ibu Pejabat JKR Malaysia telah berlangsung buat julung kalinya program Resensi Buku bersama YBhg. Datuk Sr Amran bin Hj Mohd Majid anjuran Perpustakaan dan Sumber Maklumat, Bahagian Komunikasi Korporat sempena persaraan beliau dan juga penganjuran program Jom Baca Bersama 10 Minit 2024. Program ini merupakan salah satu Program Galakan Membaca oleh Perpustakaan JKR bagi tahun 2024 dan juga merupakan sokongan bagi Program Galakan Membaca Sektor Perpustakaan, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Dekad Membaca Kebangsaan(DMK) 2020-2030.

Antara objektif program ini dilaksanakan adalah untuk mempergiat aktiviti galakan membaca terutamanya dalam kalangan warga Jabatan Kerja Raya (JKR) serta menjadikan membaca sebagai budaya sekaligus memupuk budaya pengembangan, perkongsian dan cintakan ilmu yang mampan dan berterusan. Selain itu, program ini juga dapat menggalakkan perkongsian ilmu di kalangan pakar-pakar dalam pelbagai disiplin di jabatan ini untuk dikongsi bersama warga jabatan yang lain. Ini merupakan satu kaedah dalam dapatan maklumat primer yang boleh direkodkan untuk rujukan akan datang.

Sesi bual bicara bersama YBhg. Datuk Sr. Amran Bin Hj. Mohd Majid, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar) yang memfokuskan perkongsian pengalaman beliau dalam penulisan buku dan pembinaan kerjaya di JKR. Sesi yang telah berlangsung selama satu jam ini menampilkan Sr Dr. Wan Azlina binti Haji Ibrahim,  Juruukur Bahan Penguasa Kanan dari Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, JKR sebagai moderator. Banyak nasihat dan rahsia kejayaan YBhg. Datuk telah dikongsikan dalam menelusuri perit jerih beliau selama berkhidmat di JKR. Program ini telah dihadiri lebih 30 peserta fizikal dan 270 peserta yang menyaksikan program ini melalui FBlive JKR Malaysia.

Video Rakaman Program Resensi Buku boleh ditonton melalui pautan : https://fb.watch/rv0wws-4QN/ (link is external)

 

p1

p5

p3

p4