Date: Selasa, November 1, 2022

Program Semarak Integriti JKR Negeri Selangor Siri 3/2022 telah diadakan pada 27 Oktober 2022 di Dewan Anggerik, JKR Negeri Selangor. Program Semarak Integriti yang diadakan setiap tahun ini bertujuan memberi pendedahan mendalam mengenai tatatertib penjawat awam, jenayah dan rasuah serta akibatnya kepada pegawai JKR Negeri Selangor. Antara pengisian program adalah Taklimat Kesedaran kepada Sistem Pengurusan Anti Rasuah IS0 37001:2016, Forum Integriti serta Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama dengan SPRM Negeri Selangor.