Date: Isnin, Ogos 23, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK MUAHMAD BIN JUSOH, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN JALAN, IBU PEJABAT JKR KUALA LUMPUR yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 23 OGOS 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik (Sementara) (Tingkatan Biasa) bertempat di JKR Tampin, Negeri Sembilan pada 17 Mei 1982. Beliau telah berkhidmat hampir 39 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1982-1987: Pembantu Teknik (Sementara) (Tingkatan Biasa), JKR Daerah Tampin, Negeri Sembilan
  2. Tahun 1987-1999: Pembantu Teknik (Tingkatan Biasa), JKR Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  3. Tahun 1999-2006: Jurutera Awam (J3), JKR Negeri Kedah
  4. Tahun 2006-2014: Jurutera Awam (J41), Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2, Terengganu
  5. Tahun 2014-2016: Jurutera Awam Kanan (J48), JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu, Negeri Kedah
  6. Tahun 2016-2019: Jurutera Awam Penguasa (J52), Bahagian Jalan, JKR Negeri Kedah
  7. Tahun 2019-2020: Jurutera Awam Penguasa (J52), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).
  8. Tahun 2020-2021: Jurutera Awam penguasa Kanan (J54), Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Sumbangan Dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Terlibat secara ‘hands-on” dengan projek bangunan dan jalan di peringkat daerah dan negeri
  2. Terlibat secara langsung dalam pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2
  3. Terlibat dalam pelaksanaan projek pembangunan Wilayah KETENGAH

c) Sumbangan Dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Pelan Pembangunan Anti Rasuah (OACP) JKR - Ahli
  2. Ahli Lembaga Jurutera Malaysia
  3. Pegawai Integriti Cawangan Jalan
  4. Pengerusi Majlis Tindakan Jurutera Daerah JKR Malaysia - 2015)

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan - 2019
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan - 2008
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan - 1996

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga ENCIK MUAHMAD BIN JUSOH dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"