Date: Isnin, Januari 20, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. HAJI NIK MOHD MANAN BIN WAN ABDUL MAJID, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, PASUKAN PROJEK PERSEKUTUAN, JKR KELANTAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 21 Januari 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur pada 12 September 1983. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 - 1985 : Jurutera Awam, Unit Jambatan, Caw. Rekabentuk & Penyelidikan, IP JKR Kuala Lumpur
  2. Tahun 1985 - 1988 : Jurutera Awam, Projek Lebuhraya Timur-Barat Fasa 2, Dari Jeli Ke Pasir Putih, Kelantan
  3. Tahun 1988 - 1991 : Jurutera Awam, Projek Jambatan Pasir Mas-Salor, Kelantan
  4. Tahun 1991 - 1999 : Jurutera Awam, Bahagian Bangunan, JKR Kelantan
  5. Tahun 1999 - 2004 : Jurutera Awam, Bahagian Jalan, JKR Kelantan
  6. Tahun 2004 - 2005 : Jurutera Awam Kanan, Unit Teknikal JKR, Jab. Pembangunan Persekutuan Kelantan
  7. Tahun 2005 - 2008 : Pengarah, Unit JKR KESEDAR, Kelantan
  8. Tahun 2009 - 2011 : Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Infrastruktur, Kementerian Luar Bandar, Putrajaya
  9. Tahun 2011 - 2014 : Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Kerja Kesihatan, IP JKR Kuala Lumpur
  10. Tahun 2014 - 2015 : Jurutera Daerah, JKR Daerah Kuala Lipis, Pahang
  11. Tahun 2015 - 2020 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Pasukan Projek Persekutuan, JKR Kelantan

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2003

b) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Jurutera Profesional – Lembaga Jurutera Malaysia 

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ir. HAJI NIK MOHD MANAN BIN WAN ABDUL MAJID dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.