Date: Selasa, November 22, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBHG. DATO’ SERI Ir. HAJI MOHAMAD ZULKEFLY BIN SULAIMAN,KETUA PENGARAH KERJA RAYA MALAYSIA yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 22 NOVEMBER 2022.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam Tingkatan biasa bertempat di Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR pada 16 Ogos 1985. Beliau telah berkhidmat lebih 37 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1985-1993: Jurutera Awam (Tingkatan biasa), Cawangan Jalan, Ibu PejabatJKR Malaysia
  2. Tahun 1993-2004: Jurutera Awam (J3), Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu
  3. Tahun 2004-2006: Jurutera Kerja Kanan (J48), Cawangan Jalan, Ibu PejabatJKR Malaysia
  4. Tahun 2006-2008: Pengurus Besar Pembinaan (J48), Cawangan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  5. Tahun 2008-2012: Pengurus Besar Pembinaan (J52), Unit Perancang Ekonomi (UPE), JPM
  6. Tahun 2012-2015: Jurutera Daerah Hulu Langat (J52), Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
  7. Tahun 2015-2015: Ketua Penolong Pengarah Kanan (J54), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  8. Tahun 2015-2017: Pengarah (J54), JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKR WPKL)
  9. Tahun 2017-2017: Pengarah (JUSA C), Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat,Ibu Pejabat JKR Malaysia
  10. Tahun 2017-2020: Pengarah Kanan (JUSA B), Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur (CKAS), Ibu Pejabat JKR Malaysia
  11. Tahun 2020-2020: Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar)(JUSA A), Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar)
  12. Tahun 2020-2022: Ketua Pengarah Kerja Raya (TURUS III), Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Kelayakan Profesional

1.         Jurutera Professional Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (No. C19707)

b) Lain Lain Kelayakan Kekompetenan

  1. Registered Project Manager (RP 0044/15)
  2. Felo Kehormat The Institution of Engineers Malaysia (MIEM) (No. 18345)
  3. Felo Pertubuhan Pengurusan Nilai Malaysia (IVMM) (No. 00121)

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Profesor Adjung, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  2. Profesor Adjung, Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  3. Pembentang Kertas Kerja: Isu Dan Permasalahan Pada Peringkat Pembinaan Dan Penutupan Akaun Kontrak
  4. Panel Penilai Bagi Pentauliahan Jurutera Awam (Road Engineering Dan Road Safety)
  5. Panel Penilai Bagi Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2016
  6. Ahli Majlis Bersama Jabatan (MBJ) JKR Malaysia (Wakil Pertubuhan Profesional JKR)
  7. Ahli Majlis Tindakan Kader (MTK) Bagi Sesi 2012-2014

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Presiden Lembaga Jurutera Malaysia (LJM)
  2. Presiden The Malaysian Asset And Project Management Association (MAPMA)
  3. Lembaga Pengarah Malaysia Rail Link Sdn Bhd
  4. Presiden Malaysian Steel Structure Association (MSSA)
  5. President of Road Engineering Association of Malaysia (REAM)
  6. Naib Presiden Road Engineering Association of Asia and Australasia (REAAA)
  7. Anggota Majlis Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  8. Ahli Majlis Sains Negara
  9. Pengerusi Jawatankuasa Publisiti 10th Malaysian Road Conference & Exhibition 2018 And PIARC International Seminar On Asset Management
  10. Ahli Jawatankuasa Pengajian Program Master Kejuruteraan Struktur dan Pembinaan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia
  11. Penasihat Jawatankuasa Penganjur 11th Malaysian Road Conference & Exhibition 2022 And International Road Federation (IRF) Asia Pasific Regional Congress
  12. 1st Delegate of Malaysia, Permanent International Association of Road Congresses (PIARC), World Road Association

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N)         Tahun 2022
  2. Anugerah Panglima Jasa Negara (P.J.N.)                                Tahun 2021
  3. Ahli Yang Kedua (Dato Paduka) Bagi Darjah Kebesaran        Tahun 2019                                                                              Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.P.M.K.)                      
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR)                             Tahun 2016
  5. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (UPE, JPM)                   Tahun 2009
  6. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (KKR)                            Tahun 2007
  7. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (KKR)                            Tahun 2002
  8. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (KKR)                            Tahun 1993
  9. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR)                            Tahun 1988

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBHG. DATO’ SERI Ir. HAJI MOHAMAD ZULKEFLY BIN SULAIMAN dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"