Date: Rabu, Februari 21, 2024

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti PUAN RUAIDAH BINTI IDRIS yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 21 Februari 2024.

Beliau memulakan kerjaya di Jabatan Kerja Raya sebagai Juruukur Bahan di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan pada 2 April 1990, manakala penempatan terakhir adalah sebagai Juruukur Bahan Penguasa Kanan. Beliau telah berkhidmat lebih 34 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1990-1995:  Juruukur Bahan(J41), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
  2. Tahun 1995-1996: Juruukur Bahan(J41), Bahagian Ukur Bahan, Ibu Pejabat Jabatan Pengairan & Saliran
  3. Tahun 1996-1998: Juruukur Bahan(J41), JKR Wilayah Persekutuan Labuan
  4. Tahun 1998-1999: Juruukur Bahan(J41), Unit Kejuruteraan Awam, CKUB
  5. Tahun 1999-2001: Juruukur Bahan (J41), Unit Ukur Bahan,Cawangan Jalan Malaysia
  6. Tahun 2001-2005: Jurukur Bahan (J41), Bahagian Pembangunan, Kementerian Dalam Negeri
  7. Tahun 2005-2012: Juruukur Bahan Kanan (J48), Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  8. Tahun 2012-2013: Juruukur Bahan Kanan (J48), Bahagian Perunding Dokumentasi dan ICT, CKUB
  9. Tahun 2013-2016: Juruukur Bahan Penguasa (J52), Bahagian Kerja Keselamatan, CKUB
  10. Tahun 2016-2017: Jurukur Bahan Penguasa (J52), Cawangan Kerja Bangunan Am 2 Ibu Pejabat JKR Malaysia
  11. Tahun 2017-2020: Jurukur Bahan Penguasa Kanan (J54), JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya
  12. Tahun 2020-2020: Juruukur Bahan Penguasa Kanan(J54), Bahagian Projek Khas, Jabatan Pengairan & Saliran
  13. Tahun 2020-2022: Juruukur Bahan Penguasa Kanan(J54), Bahagian Ukur Bahan & Pengurusan Kontrak, Jabatan Pengairan & Saliran
  14. Tahun 2022-2024: Juruukur bahan Penguasa Kanan (J54), Bahagian Pengurusan Korporat & Strategik, Cawangan Kerja Keselamatan

Beliau juga telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan sepanjang puluhan tahun perkhidmatan. Antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  • Juruukur Bahan Profesional (PQS/SR/CQS) – PQS02143 (2018)

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  • Wakil Utama Lembaga Perolehan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2022
  • Wakil Utama Lembaga Perolehan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) 2022
  • Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Induk Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Premis Menara Maju 2022
  • Ketua Program Penyelidikan Inovasi, Cawangan Kerja Keselamatan, JKR Malaysia 2022
  • Ketua Editor, Sidang Redaksi Cawangan Kerja Keselamatan, JKR Malaysia 2022
  • Knowledge Manager, Cawangan Kerja Keselamatan, JKR Malaysia 2022
  • Pembentang Kertas Kerja Untuk ICWR – 2021, Anjuran Bersama Humid Tropics Centre (HTC), JPS Dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2021
  • Ahli Panel Rayuan Tindakan Tatatertib SPKK, CIDB WPKL 2020
  • Penasihat Untuk Task Force Halatuju Ukur Bahan JKR Dalam Era IR 4.0 2019

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  • Panel Penilai Bagi Anugerah Disertasi Pelajar Terbaik Tahun 2021 Oleh Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJUBM) 2022
  • Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan, Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Malaysia Berhad (KPPKMB) 2022
  • Rakan Pembimbing Arkab, JKR Malaysia 2022
  • Ahli Panel Penilai Akreditasi Program Bachelor Of Science (Honours) In Quantity Surveying For Sheffield Hallam University, United Kingdom 2022
  • Ahli Lembaga Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Malaysia Berhad (KPPKMB) Bagi Tempoh 2022-2025
  • Ketua Editor Buletin Suara Untuk Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Malaysia Berhad (KPPKMB) 2021
  • Ahli Lembaga Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Malaysia Berhad (KPPKMB) Tempoh 2019 -2022
  • Pegawai Professional MYCREST 2018

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2003
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1996

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Malaysia sekali lagi mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas keringat, tenaga serta idea dalam memastikan kelangsungan visi dan misi jabatan. Semoga PUAN RUAIDAH BINTI IDRIS dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"