Date: Khamis, September 15, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. MOHD RAZALI BIN RAJAB, JABATAN KERJA RAYA NEGERI KELANTAN yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 18 September 2022.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Arkitek bertempat di Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan pada 2 Mei 1985. Beliau telah berkhidmat hampir 37 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1985-1995: Pembantu Arkitek,(J29), Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
  2. Tahun 1995-2004: Arkitek (J41), Cawangan Kerja Keselamatan
  3. Tahun 2004-2005: Arkitek (J41/J44), Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan
  4. Tahun 2006-2007: Arkitek Kanan (J48), Jabatan Kerja Raya Putrajaya
  5. Tahun 2007-2014: Arkitek Kanan(J48/J52), Jabatan Kerja Raya Kelantan
  6. Tahun 2014-2016: Arkitek Penguasa(J52), Jabatan Kerja Raya Cawangan Bahagian Korporat
  7. Tahun 2016-2016: Arkitek Penguasa(J52), Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu
  8. Tahun 2016-2022: Arkitek Penguasa Kanan(J54), PPP Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan

 

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrsMOHD RAZALI BIN RAJAB dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"